Sesi Persekolahan PdPR Dilanjutkan Mulai 13 Jun 2021 Selama 25 Hari

PDPR DILANJUTKAN

Sesi persekolahan Secara PdPR akan Dilanjutkan selama 25 hari mulai 13 Jun dan 14 Jun 2021.

Perkara ini telah diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melalui perkongsian di siaran langsung sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan. Beliau mengatakan bahawa murid akan mengikuti sesi PdPR akan dilaksanakan selama 25 hari sebelum cuti pertengahan penggal dimulakan.

Di samping itu, beliau juga berkata sesi persekolahan semula akan diumumkan sekurang-kurangnya seminggu selepas cuti pertengahan penggal persekolahan iaitu pada 25 Julai atau 26 Julai berdasarkan jadual kumpulan sekolah yang ditetapkan.

Melalui perkongsian beliau ketika sidang media khas itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan ini demikian dengan situasi penularan wabak Covid-19 di negara kita yang mempunyai kes positif masih tinggi dan berada pada tahap membimbangkan.

Berikut adalah perkongsian beliau ini, ketetapan yang diumumkan ini tertakluk kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk sekolah-sekolah antarabangsa dan mengikut kepada takwim masing-masing.

KPM sebelum ini telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Pihak KPM sentiasa mencari solusi dan langkah yang terbaik dalam usaha menyekang penularan jangkitan Covid-19 terutamanya melibatkan sektor pendidikan.

Seperti kita tahu setakat 05 Jun 2021, Malaysia telah mencatat kes positif sebanyak 7,452 yang melibatkan pelbagai kluster termasuklah kluster pengajian tinggi. Penutupan semua sektor seperti ekonomi, pendidikan telah dilakukan di seluruh negara dalam usaha menyekang penularan Covid-19 di negara kita. Ketika ini, seluruh negara sedang menjalani proses “lockdown” sepenuhnya sehingga 14 Jun 2021 dan hanya beberapa sektor penting dibenarkan beroperasi.

Dapatkan “Takwim Pengoperasian Sekolah 2021” di sini

Di sini kami akan kongsikan takwim pengoperasian sekolah 2021 yang telah diumumkan oleh Dr Radzi Jidin pada sidang media khas sebentar tadi.

Anda perlu menekan pautan yang disediakan untuk memuat turun dokumen tersebut. Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Kami juga ada berkongsi pelbagai bahan berguna untuk kegunaan para guru dan pelajar ketika PdPR seperti Modul Silang Kata Murid Sekolah Rendah, Nota dan Latihan Bahasa Inggeris dan pelbagai lagi.

Perkongsian

Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian berkaitan Sesi Persekolahan PdPR akan dilanjutkan selama 25 hari mulai 13 Jun dan 14 Jun 2021 dapat memberikan maklumat kepada para guru dan ibu bapa khasnya. Semoga semua pihak terutamanya guru-guru dapat membuat persediaan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua keadaan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan pelajar mendapatkan sumber pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan.