Permohonan Tingkatan Enam Sekolah Berasrama Penuh STAM di KISAS dan SMA 2021

Permohonan Ambilan Tingkatan Enam STAM (KISAS) 2021

Permohonan Tingkatan Enam Sekolah Berasrama Penuh STAM di KISAS dan SMA 2021 telah dibuka mulai 15 Jun sehingga 25 Jun 2021.

Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang memenuhi kriteria ditetapkan digalakkan untuk memohon.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Pada tahun 2000, Sijil Tinggi Agama Malaysia telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama dengan Al-Azhar Al-Sharif. Lazimnya, peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula sekitar pada bulan Julai manakala peperiksaan bertulis bermula pada bulan November atau Disember.

Tujuan utama Sijil Tinggi Agama Malaysia diperkenalkan adalah untuk membantu dan memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) menjalani sistem pendidikan yang menepati garis panduan atau piawai serta mempunyai pengiktirafan di dalam dan luar negara.

Info Penting Permohonan

Tarikh Penting Permohonan

  • Tarikh bermula : 15 Jun 2021 
  • Tarikh Tutup : 25 Jun 2021 (Isnin)

Syarat Kemasukan STAM 2021 KISAS

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Berikut adalah syarat-syaratnya:-

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun ketika tarikh permohonan dibuat
  • Mesti LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemohon mesti memperoleh sekurang-kurangnya KEPUJIAN (Gred 6C atau C) dalam Bahasa Melayu di Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemohon mesti memperoleh sekurang-kurangnya KEPUJIAN (Gred 6C atau C) dalam Bahasa Arab Tinggi
  • Mesti LULUS kedua-dua mata pelajaran dan sekurang-kurangnya mendapat Gred 6C dalam SATU mata pelajaran berikut:-
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  • Pemohon harus memperoleh agregat tidak melebihi empat belas (14) mata untuk TIGA (3) mata pelajaran terbaik.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam Sijil Menengah Agama (SMA)
  • Pemohon mesti LULUS temuduga kelayakan (ujian khas)
  • Sekiranya pemohon berjaya memasuki STAM KISAS, surat tawaran kemasukan ke Tingkatan enam (6) dihantar kepada pemohon melalui emel.

Cara Permohonan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS

  • Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara atas talian melalui borang yang disediakan seperti di bawah:

(Pastikan anda membaca iklan permohonan dengan teliti melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan anda)

INTAKE STAM F6 2021

Calon yang gagal boleh menghantar rayuan ke alamat berikut pada 28 Jun sehingga 20 Julai 2021.

Maklumat Lanjut berkaitan STAM KISAS

Jika terdapat kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ambilan 2021 Tingkatan 6 STAM di KISAS ini, sila hubungi pihak terlibat di talian:-

  1. Bahagian Pendidikan Islam:
    • 03-83217200 atau 03-83217300
  2. Bahagian Pengurusan Asrama Penuh :
    • 03-83217400
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah:
    • 03-33711658 atau emel ke bra001@moe.gov.my

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian kepada para pemohon, Permohonan Tingkatan Enam Sekolah Berasrama Penuh STAM di KISAS dan SMA 2021 ini hanya sahih atau sah pada tarikh yang tertera di iklan permohonan seperti di atas. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk membaca dan merujuk iklan dengan betul dan teliti sebelum melakukan sebarang permohonan.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) untuk memasuki Tingkatan Enam (6) STAM di KISAS. Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai bidang pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melawat Laman Web kami di Sistem Guru Online.