Nota Padat dan Menarik Mengenai Tanda Baca

nota padat dan menarik mengenai tanda baca

Nota Padat dan Menarik Mengenai Tanda Baca ini mengumpulkan pelbagai jenis tanda baca dan mempunyai huraian ringkas mengenai tatacara penggunaan tanda baca.

Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu semasa bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesusaiannya.

Tanda baca sering dianggap sebagai perkara yang kurang penting oleh segelintir pengguna bahasa. Perkara ini sering berlaku kerana mereka beranggapan bahawa tanda baca hanyalah unsur kedua dalam penulisan. Kesannya, terdapat pelbagai penulisan yang tidak menggunakan tanda baca secara tidak tepat.

Nota tanda baca ini sesuai digunakan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai nota ulangkaji. Murid sekolah menengah perlu menitikberatkan penggunaan tanda baca yang betul di dalam penulisan karangan bagi membantu dalam mendapatkan markah yang baik dalam peperiksaan.

Di dalam nota ini juga terdapat contoh penggunaan setiap simbol dan tanda baca. Contoh yang diberikan di dalam nota adalah bagi membantu kefahaman murid yang menggunakan nota ini.

Dapatkan “Nota Padat dan Menarik Mengenai Tanda Baca” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan pengajaran kepada murid-murid. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai nota insentif kepada anak-anak melakukan ulangkaji.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : NOTA MENARIK TANDA BACA

Kesimpulannya, pengguna bahasa terutamanya penulis perlulah mengambil berat akan penggunaan tanda baca serta keutamaannya. Kewujudan tanda baca berhubung rapat dengan aspek tatabahasa, gaya penulisan dan intonasi dalam pembacaan.

Maksud yang hendak dijelmakan dalam sesuatu ayat akan menjadi lebih jelas dan tepat jika sesuatu tanda baca digunakan di tempat yang betul berdasarkan kepada fungsinya.

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Nota Padat dan Menarik Mengenai Tanda Baca ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga murid dapat memahami penggunaan tanda baca yang betul di dalam penulisan mereka.

Sebelum ini kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan bahan pendidika seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.