Nota dan Latihan Matematik Tahun 3, Tajuk: Pecahan

nota dan latihan matematik tahun 3 tajuk pecahan

Nota dan Latihan Matematik Tahun 3, Tajuk: Pecahan ini sesuai untuk digunakan sebagai bahan semasa proses pembelajaran dan pengajaran atau sebagai latihan tambahan semasa berada di rumah.

Disertakan sekali nota ringkas mengenai konsep asas pecahan di dalam Matematik Tahun 3 yang mudah untuk difahami oleh murid-murid. Topik pecahan agak sukar untuk difahami kerana konsep yang mengelirukan dan sebagainya. Nota dan latihan yang terdapat di dalam bahan ini menerangkan setiap konsep pecahan secara ringkas dan latihan yang dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka.

Selain daripada melakukan latihan yang kerap, ibu bapa juga boleh mempelbagaikan cara pembelajaran anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bermain dengan gula-gula untuk mengaplikasikan konsep pecahan di dalam dunia realiti. Minta anak-anak untuk membahagikan jumlah gula-gula mengikut kategori pecahan yang telah disediakan.

Terdapat beberapa muka surat di dalam bahan ini yang menyediakan latihan berkenaan dengan sifir. Latihan yang disertakan ini dapat membantu murid untuk mengulang kaji sifir dan melakukan latihan pecahan pada masa yang sama.

Dapatkan “Nota dan Latihan Matematik Tahun 3, Tajuk: Pecahan” di sini


Di sini kami akan menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu para guru dalam proses pengajaran berkenaan dengan topik pecahan dalam Matematik. Pada masa yang sama, ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif untuk membantu kefahaman anak-anak. Sumber bahan daripada Cikgu Fadli

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Nota dan Latihan Tajuk Pecahan

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini. Tanggungjawab dalam mendidik anak-anak bukan sahaja terletak pada guru, ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif dalam merangsang minda anak-anak agar minat dalam menuntut ilmu mereka tidak akan semakin pudar.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota dan Latihan Matematik Tahun 3, Tajuk: Pecahan ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar dalam meningkatkan tahap kefahaman untuk mata pelajaran ini.

Pada perkongsian lepas, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.