Modul PDPR Prasekolah: Latihan Baca, Salin dan Faham

modul pdpr prasekolah baca salin faham

Modul PDPR Prasekolah: Latihan Baca, Salin dan Faham. Modul yang dibekalkan di dalam perkongsian ini adalah bagi membantu para guru dalam menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan kepada anak-anak dalam membantu mereka membaca.

Modul ini berfokuskan kepada pengenalan sayur-sayuran dan menggunakan ayat yang ringkas bagi membantu murid prasekolah memahaminya dengan mudah. Murid hanya perlu menyalin semula ayat yang diberikan dan memahami maksud ayat tersebut. Di dalam modul ini juga terdapat bahagian di mana ibu bapa boleh menanda aras penguasaan anak-anak melaksanakan setiap latihan di dalam modul ini.

Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang perlu diajarkan kepada anak-anak semasa di usia awal mereka. Terdapat pelbagai faedah apabila anak-anak dapat menguasai kemahiran membaca. Antaranya ialah:

  1. Membaca dapat meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak. Apabila kanak-kanak rajin membaca dan menemui pelbagai kata yang baharu, mereka akan mudah memahami perkara yang berlaku di sekitar mereka.
  2. Apabila kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata yang luas, mereka akan berasa yakin untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Hal ini juga dapat membantu mereka untuk menyusun ayat dengan baik.
  3. Membaca dapat melatih kemampuan mereka untuk berfikir secara logik. Ketika ibu bapa membacakan mereka mengenai sesuatu perkara di dalam buku, mereka akan berfikir mengenai akibat dan sebab perkara itu berlaku.
  4. Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dapat diwujudkan. Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu dan anak. Pada masa yang sama, ikatan emosional juga dapat diwujudkan.

Dapatkan “Modul PDPR Prasekolah: Latihan Baca, Salin dan Faham” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru dalam memberikan bahan pendidikan kepada murid prasekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara di rumah.

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul PdPR Prasekolah: Baca, Salin dan Faham

Diharapkan perkongsian mengenai Modul PDPR Prasekolah: Baca, Salin dan Faham ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa pendidikan dan mengenai bahan pendidikan seperti di atas.