Modul Mudah Penulisan Bahasa Inggeris sesuai untuk Tahun 1, 2 dan 3

modul mudah penulisan bahasa inggeris

Modul Mudah Penulisan Bahasa Inggeris sesuai untuk Tahun 1, 2 dan 3 ini mengandungi nota ringkas mengenai prinsip asas tatabahasa serta mengandungi latihan penulisan Bahasa Inggeris yang dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam aspek penulisan mereka.

Di dalam modul ini juga terdapat soalan berbentuk menyusun ayat bahasa inggeris untuk menjadi satu ayat yang sempurna. Latihan seperti ini dapat mencabar cara pemikiran kanak-kanak untuk menjadi lebih mahir dengan susunan ayat yang betul.

Selain daripada latihan penyusunan ayat, latihan ini juga dilengkapi dengan latihan berbentuk praktis penulisan berdasarkan nota ringkas yang telah dibekalkan untuk membentuk karangan ringkas.

Latihan-latihan yang disediakan dipisahkan mengikut tema yang sesuai. Tema yang berasaskan perkara di sekeliling kanak-kanak akan menjadikan mereka mudah untuk memahami maksud setiap kata kerja yang digunakan. Pada masa yang sama, terdapat ilustrasi yang dapat membantu murid memahami maksud ayat tersebut.

Dapatkan “Modul Mudah Penulisan Bahasa Inggeris Tahun 1, 2 dan 3” di sini


Di sini, kami akan kongsikan bahan yang dapat membantu memperbaiki kemahiran menulis. Bahan ini juga sesuai untuk digunakan oleh para ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan yang dapat mengisi masa terluang anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan daripada Cikgu Share.

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PRAKTIS PENULISAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1, 2 DAN 3

Kesimpulannya, setiap mata pelajaran mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran seperti menulis, membaca ini dapat dikuasai melalui beberapa kaedah serta praktis yang berulan dan pelaksanaan latihan yang pelbagai. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” di mana sesuatu hasil tidak akan dapat dicapai jika tiada usaha dalam mengecapinya.

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Modul Mudah Penulisan Bahasa Inggeris ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak kira samada di rumah mahupun di sekolah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan lain, seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.