Koleksi Kuiz Online [Quizizz] Sains Tahun 3

koleksi kuiz online sains tahun 3

Koleksi Kuiz Online [Quizizz] Sains Tahun 3 ini menghimpunkan senarai pautan kuiz online, Quizizz bagi memudahkan para guru dalam menyediakan soalan dan latihan kepada murid sesuai dengan pelaksanaan PdPr yang sedang dilaksanakan.

Selain daripada guru, ibu bapa juga boleh menggunakan senarai pautan-pautan kuiz yang dikongsikan ini sebagai bahan ulangkaji kepada anak-anak semasa waktu lapang mereka. Setelah anak-anak mengulangkaji sesebuah topik, lakukan kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari.

Seiring dengan pembangunan dan penggunaan teknologi dalam semua lapisan masyarakat pada masa kini, proses pembelajaran dan pengajaran turut mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, guru-guru memberikan kerja sekolah secara atas talian sahaja, selain itu para guru juga telah menggunakan pelbagai platform pendidikan seperti Padlet, Quizziz, Kahoot dan sebagainya untuk menjalankan kuiz secara atas talian.

Kelebihan Pelaksanaan Kuiz Online 

  1. Pembelajaran adalah bersifat interaktif, menarik dengan adanya tema, muzik dan sebagainya ketika murid melaksanakan kuiz.
  2. Ketika menggunakan platform Quizziz ini, murid tidak perlu untuk mendaftar akaun untuk menjawab kuiz.
  3. Kuiz di dalam platform Quizziz dapat dihasilkan sendiri oleh para guru dan dikongsikan kepada murid-murid atau kepada sesiapa sahaja dengan mudah.
  4. Kuiz Online boleh diakses menggunakan tablet, laptop mahupun telefon bimbit. Perkara ini memudahkan murid-murid untuk mengakses kuiz dimana-mana sahaja.
  5. Setelah murid menjawab semua soalan di dalam kuiz ini, data dapat diakses oleh para guru secara terperinci. Hal ini dapat memudahkan guru untuk merekodkan tahap pencapaian setiap murid.

Quizziz juga sentiasa merombak corak soalan. Hal ini membolehkan murid yang melakukan kuiz bersama-sama tidak akan mendapat soalan yang sama pada waktu yang sama. Perkara ini adalah bagi mengelakkan murid daripada meniru jawapan daripada murid lain.

Di sini, kami akan sediakan senarai pautan Quizziz yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa.

Senarai pautan Kuiz Online [Quizziz] Sains Tahun 3:

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Koleksi Kuiz Online [Quizziz] Sains Tahun 3 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman murid dalam sesebuah mata pelajaran khususnya bagi mata pelajaran Sains.

Kami juga ada kongsikan bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti yang telah dikongsikan serta informasi berkenaan dengan jawatan kosong kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.