108 Soalan Bina Ayat Menggunakan Kata Kerja

108 soalan bina ayat guna kata kerja

108 Soalan Bina Ayat Menggunakan Kata Kerja ini boleh digunakan oleh para guru untuk membantu murid membina ayat yang sempurna berdasarkan situasi yang ditunjukkan.

Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan Tidak Melampau). Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang sesuai oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat ini perlulah mempunyai penyambutnya (objek) dan kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Misalnya: Abu menonton televisyen. Menonton ialah kata kerja transitif dan radio ialah objek (kata nama).

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu tidak mempunyai penyambut. Contohnya: Mereka berjalan pada hari cuti. Kata kerja tak transitif ialah kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, iaitu tidak memerlukan objek lagi. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber…. an.

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Kata kerja pasif mempunyai tiga jenis iaitu

  1. Kata kerja pasif diri pertama – kata kerja pasif berimbuhan ku-.
  2. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
  3. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Dapatkan “108 Soalan Bina Ayat Menggunakan Kata Kerja” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa berada di dalam kelas. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif anak-anak di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 108 Soalan Bina Ayat Menggunakan Kata Kerja

Diharapkan agar perkongsian mengenai 108 Soalan Bina Ayat Menggunakan Kata Kerja ini memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama diharapkan agar bahan ini dapat membantu anak-anak meningkatkan kemahiran dalam membina ayat yang sempurna.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan bahan pendidikan yang lebih banyak lagi.