Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris -Sekolah Rendah

praktis penulisan karangan bahasa inggeris

Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris -Sekolah Rendah. Praktis soalan ini berfokuskan kepada penulisan karangan bahasa inggeris bagi murid sekolah rendah. Pada masa yang sama, praktis ini juga membantu meluaskan kosa kata murid.

Penggunaan kosa kata yang luas akan dapat membantu pelbagai urusan jika berurusan dengan orang asing. Tetapi, untuk menambah kosa kata, pelajar perlu melakukan banyak pembacaan dan perkara ini tidak diminati oleh sesetengah pelajar.

Tips yang mudah bagi menambah kosa kata, para pelajar perlulah berlatih menggunakan perkataan tersebut agar perkataan itu difahami maksudnya. Para pelajar juga boleh menulis diari dan menggunakan perkataan tersebut.

Selain itu, pelajar digalakkan untuk meluaskan kosa kata yang sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pelajar boleh meluaskan kosa kata berkaitan dengan sekolah, rumah dan sebagainya yang berkaitan. Hal ini adalah bagi menggalakkan pelajar untuk mengingati kosa kata yang sering terlibat dalam urusan sehariannya.

Pelajar tidak semestinya menghafal kosa kata untuk cemerlang dalam pelajaran. Gunakan kosa kata yang berkait rapat dengan urusan pelajar.

Dapatkan “Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris -Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran para guru. Di dalam latihan ini, terdapat 25 set karangan ringkas yang boleh membantu para pelajar.

Sesuai dengan PdPr yang dilakukan pada ketika ini, bahan ini sesuai untuk dijadikan sebagai latihan daripada guru-guru bagi memastikan anak murid sentiasa mengulangkaji pelajaran. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif untuk anak-anak semasa berada di rumah. Lakukan latihan ini bersama-sama dengan mereka.

Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa yang sedang mencari bahan pendidikan untuk para pelajar dan anak-anak.

Pada perkongsian lepas, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan lain seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan serta bahan-bahan pendidikan berkualiti, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.