Pelajar IPT Perlu Dikuarantin Apabila Kembali Ke Kampus

PELAJAR IPT KUARANTIN

Pelajar IPT Perlu Dikuarantin Apabila Kembali ke Kampus sebagai langkah pengawalan dan pencegahan penularan Covid-19.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan bahawa hanya pelajar yang pulang ke kampus dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwajibkan untuk kuarantin. Namun, langkah pengawalan ini disifatkan tidak memadai dan berisiko tinggi untuk mencetuskan penularan wabak Covid-19 atau mewujudkan kluster baharu di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Dr Hanafiah berkata demikian dengan peningkatan penularan Covid-19 pada tahap yang membimbangkan di seluruh negara, semua pelajar Institut Pengajian Tinggi tidak kira dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mahupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikuarantin dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan sebarang penularan jangkitan Covid-19.

Beliau berkata “Sepatutnya semua pelajar universiti yang kembali dari kampung perlu mengasingkan diri untuk memastikan tiada situasi yang tidak diingin berlaku. Hal ini bagi memastikan pelajar yang masuk ke kampus bebas daripada jangkitan Covid-19“.

Disamping itu, Dr Mohd Suzeren Md Jamil merupakan Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi telah memaklumkan bahawa pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pulang ke kampung sempena cuti hari raya dari kawasan berstatus PKP diwajibkan menjalani proses kuarantin selama 10 hari apabila mereka kembali ke kampus semula. Dalam tempoh 10 hari itu, pelajar digalakkan untuk tidak bertemu dengan rakan-rakan mereka.

Selain itu, Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, menegaskan langkah terbaik yang perlu diambil dan dipertimbangkan adalah dengan melakukan saringan Covid-19 kepada semua pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum mereka pulang ke kampus semula. Beliau berkata;-

Pendekatan ini melibatkan kos dan masa. Keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) adalah tepat dan hanya mengambil masa sehingga tiga hari untuk mengetahui keputusannya. Saya syorkan ujian saringan secara berkumpulan perlu dilakukan kerana ia dapat mengurangkan kos seunit saringan, contohnya seorang pelajar hanya perlu membayar RM60.”

Akhir kata, proses kuarantin di dalam kampus perlu dikawal ketat bagi mengelakkan pelajar keluar untuk membeli barang keperluan. Kaedah lain yang boleh dilaksanakan dan berkesan ialah pelajar diasingkan di dalam kawasan atau tempat khas dengan kelengkapan segala keperluan mereke seperti makan minum sepanjang tempoh itu.

Para pelajar boleh melihat panduan SOP Pergerakan bagi Pelajar IPT Pulang ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri yang telah dikeluarkan pihak MKN.

Peringatan Bersama

Diharapkan para pelajar dapat mematuhi segala langkah pengawalan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi supaya tidak apa penularan wabak Covid-19 melibatkan kampus. Untuk peringatan bersama, semua pihak perlu menjalankan tugas bersama dan bekerjasama dalam mematuhi SOP, jaga jarak, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan pakai pelitup muka.