Nota dan Koleksi Simpulan Bahasa Terbaik

 

nota dan koleksi simpulan bahasa terbaik

Nota dan Koleksi Simpulan Bahasa Terbaik ini turut mengandungi set soalan yang dapat membantu para pelajar menguasai simpulan bahasa dengan cemerlang. Simpulan Bahasa menjadikan sesuatu kenyataan untuk menjadi lebih tertarik kerana penggunaan kata yang menarik untuk menggambarkan sesuatu keadaan atau seseorang.

Simpulan bahasa adalah satu ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa adalah sesuatu yang ingin disampaikan dan boleh diungkapkan dengan menggunakan bahasa yang diistilahkan sebagai bahasa yang berlapik (bahasa kiasan) dalam menyatakan sesuatu secara tidak langsung. Masyarakat melayu dahulu menggunakan bahasa dengan memilih perkataan yang khas untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik dengan harapan perkara atau hal yang disampaikan itu walaupun bersifat negatif akan dapat diterima tanpa menimbulkan kesan emosi yang berlebihan.

Dengan hanya menggunakan dua atau tiga perkataan, masyarakat Melayu dapat menggambar dan mengungkapkan sesuatu seperti sikap, keadaan, gelaran dan sebagainya dengan cara yang tersendiri. Simpulan bahasa melayu digunakan semasas di dalam pertuturan dan penulisan dan dalam masyarakat tradisional, simpulan bahasa digunakan secara aktif dalam pertuturan seharian kerana sifat kesopanan adalan ciri utama masyarakat tradisional melayu.

Dapatkan “Nota dan Koleksi Simpulan Bahasa” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang dapat membantu para guru dan ibu bapa serta para pelajar. Sila muat turun menggunakan pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Simpulan bahasa adalah khazanah bahasa dan kesusasteraan Melayu yang tidak ternilai. Dalam masyarakat moden, penggunaan bahasa kiasan tradisional seperti peribahasa, gurindam dan sebagainya semakin kurang digunakan. Hal ini disebabkan masyarakat moden tidak lagi suka berselindung dengan kata-kata tetapi lebih gemar untuk berterus terang dan terbuka.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota dan Kompilasi Simpulan Bahasa Terbaik ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar perkongsian ini juga memberikan manfaat kepada para pelajar yang sedang mencari bahan yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan pendidikan, info semasa dan jawatan-jawatan kosong kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.