Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 1: At School (17-27 Mei)

Modul PdPr Bahasa Inggeris Tahun 1 (17-27 Mei)

Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 1: At School (17-27 Mei) ini disediakan untuk kegunaan para guru dan ibu bapa dalam membekalkan modul-modul latihan kepada kanak-kanak semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Berikutan dengan kes covid-19 yang semakit bertambah setiap hari, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr) pada minggu lalu. Hal ini adalah bagi memudahkan dan memberikan masa bagi para guru, ibu bapa dan juga murid-murid untuk bersedia secara fizikal dan mental untuk menjalankan pembelajaran di rumah.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan pada masa kini untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Dengan adanya modul yang telah disediakan seperti di dalam perkongsian ini, dapat meringankan beban para guru dalam menyediakan latihan kepada murid-murid.

Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang penting dan perlu dikuasai oleh para pelajar untuk memperoleh kelebihan bahasa ini. Modul ini juga sesuai bagi murid tahun 1 kerana penggunaan ikon yang besar dan menarik. Ibu bapa juga turut menggunakan modul ini kerana ianya mudah untuk dicetak dan dijadikan sebagai latihan tambahan kepada anak-anak di rumah.

Dapatkan “Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 1: At School (17-27 Mei) ” di sini


Di sini, kami menyediakan bahan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan untuk anak-anak semasa proses pdpr dilaksanakan. Bahan ini boleh dimuat turun di dalam pautan yang telah disediakan di bawah.

Terima kasih diucapkan kepada Facebook Teacher Hidayu yang sudi berkongsi dengan bahan ini.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Bahasa Inggeris Tahun 1 PdPr: Unit At School, (17-27 Mei)

Diharapkan agar perkongsian Modul Bahasa Inggeris Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta memberikan faedah kepada murid-murid semasa menjalani pembelajaran dan pengajaran secara di rumah.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain seperti:

Selain daripada perkongsian bahan pendidikan, kami juga menyediakan informasi terkini berkenaan dengan pendidikan, jawatan kosong kerajaan, bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi bermanfaat.