Modul Bina Ayat untuk Tahap 1

modul bina ayat tahap 1

Modul Bina Ayat untuk Tahap 1 ini memberikan panduan asas bagi murid tahap 1 untuk membina ayat yang mempunyai subjek, kata kerja dan objek. Menggunakan formula ringkas ini, murid dapat belajar untuk membina ayat yang sempurna.

Modul ini dikongsikan adalah bagi membantu para guru dalam penyediaan proses bahan bantu mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, modul ini juga boleh dijadikan sebagai latihan tambahan atau latihan insentif semasa di rumah dan ibu bapa sebagai rujukan, anak-anak dapat menguatkan kemahiran membina ayat mereka.

Pelbagai teknik dan kaedah yang boleh digunakan sebagai cara untuk membina ayat. Antaranya ialah teknik SiBuDi (Siapa, Buat Apa, Di mana).

BIL.

SIAPA

BUAT APA

DI MANA

1.

Aminah

 

menulis

di papan hitam

2.

Mei Lin dan Sugu

 

beratur

di kantik

3.

Tiga budak lelaki

 

bermain bola

di padang

 

Teknik SiBuDi ini sesuai untuk digunakan oleh murid yang berada pada tahap 1. Jika murid telah mahir dalam membina ayat ringkas, tambahkan kategori Lokasi dan Mengapa bagi membina ayat yang lebih panjang.

Selain daripada kaedah-kaedah yang ditunjukkan, ibu bapa perlulah memberikan latihan yang berkala kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak menguasai kemahiran bina ayat.

Dapatkan “Modul Bina Ayat untuk Tahap 1” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti untuk murid dan anak-anak. Penggunaan grafik dan warna yang pelbagai di dalam modul ini juga sesuai bagi merangsang minda anak-anak dalam proses perkembangan awal mereka.

Sila muat turun bahan pendidikan ini melalui pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL BINA AYAT TAHAP 1

Diharapkan juga agar perkongsian mengenai Modul Bina Ayat bagi Tahap 1 ini memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan yang berkualiti dalam membantu pendidikan anak-anak. Di samping itu, diharapkan juga bahan ini dapat menjadikan murid-murid lebih mahir dalam pembinaan ayat bahasa melayu.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan beberapa bahan pendidikan yang lain. Antaranya ialah:

Akhir kata, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan pendidikan, bantuan kerajaan dan maklumat bermanfaat yang lain.