Melaksanakan PdPR Dengan Mudah Menggunakan Aplikasi Telegram

Cara Mudah PdPR Menggunakan Telegram

Melaksanakan PdPR Dengan Mudah Menggunakan Aplikasi Telegram. Berikutan dengan pelaksanaan bahawa sesi persekolahan mula dijalankan secara PdPR selepas cuti hai raya, mesti para guru sedang sibuk mencari bahan-bahan dan menyediakan modul pengajaran.

Untuk pengetahuan anda semua, pihak KPM telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Manual yang disediakan adalah untuk memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR ini agar berjalan secara terancang serta membolehkan murid mengikuti PdPR dengan berkesan.

Kaedah Pelaksanaan PdPR

  1. Platform atau Medium yang digunakan ketika PdPR

Pelbagai kaedah pendekatan boleh digunakan oleh para guru ketika melaksanakan PdPR ini. Anda boleh rujuk seperti berikut;-

    • PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Para pendidik boleh melaksanakan PdPR mana-mana platform atau medium mengikut kesesuaian dan kemudahan guru dan pelajar. Guru juga boleh melaksanakan dengan menggabungkan kaedah mengikut kesesuaian.

Untuk melaksanakan PdPR secara dalam talian, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira. Kami ada kongsikan 5 Perkara Penting dalam Persediaan PdPR.

Berikut antara medium atau platform yang boleh guru gunakan dalam melaksanakan PdPR seperti:

      • Pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV
      • aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming)

2. Menggunakan Telegram

Bagi memudahkan pelaksanaan PdPR kepada guru dan pelajar, guru juga boleh menggunakan aplikasi Telegram dengan mudah. Pendekatan ini bersesuaian dengan sekolah di luar bandar di mana majoriti pelajar mempunyai capaian internet yang tidak stabil. Oleh itu, pelbagai manfaat daripada Telegram boleh digunakan dengan berbagai jenis fitur di dalamnya.

Perkongsian daripada Youtube oleh Pn Mariani Mazenan dari SMK Sungai Bayor, Perak menunjukkan cara-cara menggunakan Telegram dengan berbagai fitur menarik bagi kegunaan PdPR ini.

Para guru boleh klik pada pautan disini Cara Mudah PdPR Menggunakan Telegram atau butang ‘play‘ di atas dan anda akan pergi ke laman web Youtube untuk melihat segala penerangan daripada Pn Mariani tentang cara menggunakan Telegram sebagai medium pendekatan untuk PdPR.

Fitur Baru Telegram

  • Widget

Widget ini dimaksudkan adalah untuk akses secara cepat atau direct ke chat yang penting dan personal. Telegram mempunyai dua jenis mod widget yang boleh digunakan iaitu Chat Widget dan Shortcut Widget.

Bagi Chat Widget, anda boleh melihat preview kandungan chat terbaru atau latest chat yang dihantar kepada anda. Manakala bagi Shortcut Widget pula, ia hanya memaparkan nama dan gambar profil penghantar.

  • Pautan Undangan Kumpulan atau Invitation Group Link

Invitation Link adalah kaedah cepat untuk menjemput sorang atau satu juta pengguna ke dalam group atau channel yang telah dibuat. Dengan invitation link group yang baru, admin boleh menentukan jumlah penggunaan pada tahap tertentu yang ditetapkan.

Untuk melihat dan membuat invitation link, buka Group atau Channel Profile > Edit > Invite Links.

Manfaat Bersama

Semoga artikel kami kali ini berkaitan Melaksanakan PdPR Dengan Mudah Menggunakan Aplikasi Telegram yang dikongsikan oleh Pn Mariani dapat membantu para guru serta murid dalam persediaan melaksanakan PdPR selepas cuti Hari Raya. Layari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk info berkaitan pendidikan dan sebagainya.