Latihan Prasekolah: Huruf Vokal

latihan prasekolah: huruf vokal

Latihan Prasekolah: Huruf Vokal. Latihan ini sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah dan tahun 1 sebagai latihan tambahan semasa berada di rumah.

Sesuai dengan situasi proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di rumah (PdPr) pada ketika ini, ibu bapa berperanan sebagai guru kepada anak-anak dalam mendidik dan memberikan panduan kepada mereka.

Penggunaan gambar dan penulisan yang jelas dan menarik di dalam latihan ini sesuai untuk digunakan oleh murid-murid prasekolah dan tahun 1. Latihan ini dapat membantu murid untuk mengenalpasti serta membezakan antara huruf vokal dan huruf konsonan yang terdapat dalam satu perkataan.

Tips untuk Ibu Bapa Mengajar Anak di Rumah

Terdapat pelbagai kaedah dan tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak belajar semasa berada di rumah.

  1. Gunakan kad belajar. Kad belajar ini juga boleh didapati dengan mudah ataupun boleh dihasilkan sendiri di rumah. Penggunaan kad belajar ini akan dapat membantu anak dalam mengingati setiap abjad dan nombor dengan mudah.
  2. Lakukan aktiviti yang melibatkan gerak kerja tangan. Contohnya bermain tanah liat, melukis dan pelbagai lagi. Apabila melibatkan penggunaan gerak tangan, secara tidak langsung menggalakkan anak menggunakan otak kanan mereka untuk bekerja.
  3. Bina daya imaginasi mereka melalui aktiviti penceritaan. Apabila bercerita, anak-anak akan mula membayangkan keadaan yang berlaku. Selain daripada bercerita, ibu bapa juga boleh membina cerita yang tidak mempunyai penghujung dan menyuruh anak untuk menghasilkan kesudahan cerita yang tergantung tadi.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Huruf Vokal” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan yang dapat digunakan oleh para guru dan ibu bapa. Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Kerja Huruf Vokal

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Latihan Prasekolah: Huruf Vokal ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam penyediaan bahan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak prasekolah.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang berkualiti, informasi terkini mengenai bantuan dan jawatan kosong kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.