Latihan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris (Tahun 5)

Latihan Kemahiran Bertutur BI Tahun 5

Latihan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris (Tahun 5) ini mengandungi tiga set latihan yang disusun berdasarkan tahap kesukaran dalam menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris.

Set A ialah set latihan yang mudah dan menggunakan gambaran yang mudah bagi membantu murid membina ayat yang ringkas terlebih dahulu. Arahan dan penggunaan ayat yang digunakan juga mudah untuk difahami oleh murid.

Manakala set B ialah set yang sedikit sukar kerana penggunaan situasi yang agak sukar dan tidak selalu dilalui oleh murid. Set C adalah merupakan set latihan yang sukar dan sesuai digunakan oleh murid-murid yang telah berjaya menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Set C menggunakan gambaran yang kompleks dan memerlukan murid untuk berfikir lebih dalam menghasilkan jawapan yang tepat.

Ketiga-tiga set disertakan dengan panduan bagi guru-guru dalam membimbing murid melaksanakan set latihan ini.

Keperluan Berbahasa Inggeris

Bil.

Kepentingan Berbahasa
Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa ekonomi dan teknologi yang menjadikan negara lebih kompetitif dalam era dunia tanpa sempadan.

2.

Menguasai Bahasa Inggeris mampu membantu graduan dalam mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan

3.

Bahasa Inggeris membenarkan anda melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

4.

Bahasa utama internet adalah Bahasa Inggeris dan ianya memudahkan anda untuk mengakses pelbagai bahan dan sumber semasa menggunakan internet.

5.

Membenarkan anda memahami buku-buku, filem berbahasa inggeris dengan mudah tanpa perlua merujuk kepada sari kata.

Dapatkan “Latihan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris (Tahun 5)” di sini


Bahan ini disediakan bagi memudahkan para guru dalam menyediakan latihan yang dapat membantu penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. Para ibu bapa juga turut digalakkan untuk menggunakan latihan ini untuk membimbing anak-anak dalam menguasai bahasa inggeris di rumah.
Kredit kepada Facebook: Nik Mazni Hanim

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris Tahun 5

Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris (Tahun 5) ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa yang sedang mencari bahan pendidikan yang dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid khususnya murid tahun 5.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa perkongsian berkaitan dengan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan dunia pendidikan, bahan-bahan bantu mengajar serta info semasa berkenaan dengan bantuan-bantuan kerajaan.