Modul PDPR: Latihan Celik Matematik Tahun 3 Operasi Tambah

modul pdpr latihan celik matematik tahun 3 operasi tambah

Modul PDPR: Latihan Celik Matematik Tahun 3 Operasi Tambah ini membantu para guru dalam penyediaan bahan pendidikan semasa proses pengajaran yang dilakukan secara atas talian.

Pelaksanaan PdPr pada ketika ini adalah sangat diperlukan susulan dengan situasi negara yang dilanda oleh pandemik. PdPr mewajibkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menjalani proses pembelajaran dan pengajaran di rumah untuk mengekang penyebaran wabak covid-19.

Hal ini menyebabkan segala bahan pendidikan seperti latihan, modul, nota dan sebagainya akan diberikan kepada murid secara atas talian. Sepanjang pelaksanaan pdpr ini, ibu bapa telah menjadi rujukan pertama murid-murid kerana guru-guru sukar untuk dirujuk secara nyata. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menggunakan modul ini sebagai latihan tambahan yang boleh membantu anak-anak mengisi masa lapang semasa berada di rumah. Ibu bapa digalakkan untuk mengambil inisiatif dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu pendidikan anak-anak dan tidak hanya bergantung kepada bahan yang disediakan oleh para guru.

Dengan kemudahan internet pada masa kini, proses mencari bahan pendidikan adalah sangat mudah kerana terdapat pelbagai sumber bahan pendidikan yang percuma dan berkualiti yang dikongsikan oleh guru-guru cemerlang secara atas talian. Selain itu, video pengajaran juga terdapat di platform Youtube untuk membantu murid-murid mendapatkan penerangan yang jelas selain daripada bergantung kepada sesi pembelajaran yang diberikan oleh guru-guru.

Dapatkan “Modul PDPR: Latihan Celik Matematik Tahun 3 Operasi Tambah” di sini


Di sini kami ingin kongsikan bahan yang dapat membantu para pelajar khususnya murid tahun 3 menguasai mata pelajaran matematik. Bahan ini boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan latihan untuk murid-murid, ataupun boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memberikan latihan tambahan kepada anak-anak untuk meningkatkan kemahiran mengira mereka.

Sila muat turun bahan pendidikan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN MATEMATIK PDPR TAHUN 3: OPERASI TAMBAH

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Celik Matematik Tahun 3 Operasi Tambah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada pelajar dan anak-anak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.