Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5

 

kuiz online bahasa inggeris tingkatan 5

Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5 ini menghimpunkan set soalan online yang boleh dilakukan oleh pelajar tingkatan 5 sebagai latihan tambahan, ataupun boleh digunakan oleh para guru sebagai latihan semasa kelas secara atas talian.

Setiap set soalan ini mempunyai bentuk soalan dan tahap kesukaran yang berlainan. Kuiz secara atas talian memudahkan para pelajar untuk memperoleh keputusan yang tepat berbanding dengan cara pengiraan markah secara manual. Pada masa yang sama, kuiz secara atas talian turut memudahkan para pelajar untuk melakukan ulangkaji tidak mengira masa dan tempat kerana pautan yang membawa mereka kepada soalan-soalan ini telah tersedia di dalam platform Google. Tambahan pula, pada masa kini telefon pintar telah menjadi satu perkara yang wajib dimiliki oleh setiap pelajar.

Dengan adanya kemudahan internet serta telefon pintar, para pelajar lebih mudah untuk mengakses bahan pendidikan secara atas talian dan tidak lagi memerlukan mereka untuk membawa buku-buku teks yang berat apabila keluar daripada rumah.

Kebaikan Teknologi dalam Pendidikan

Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam dunia pendidikan. Antaranya ialah:

  1. Terdapat pelbagai maklumat yang dapat dicapai daripada komputer tetapi tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Perolehan maklumat yang pelbagai dalam sekelip mata adalah satu kelebihan yang boleh diberikan oleh teknologi dalam dunia pendidikan.
  2. Proses perolehan pelbagai maklumat serta kecekapan komputer dalam menyimpan maklumat yang pelbagai tidak dapat dilakukan secara manual.
  3. Maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri.

Walaubagaimanapun, teknologi tidak akan dapat menggantikan keberkesanan pengajaran secara bersemuka dan hanya boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Teknologi perlulah dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan pengajaran dan bukan untuk tujuan hiburan.

Senarai Pautan Soalan Kuiz Online

Disini kami menyediakan senarai pautan yang mengandungi soalan-soalan bahasa inggeris bagi pelajar tingkatan 5. Para guru, ibu bapa dan pelajar boleh layari pautan-pautan yang telah disediakan di bawah.

BIL.

SENARAI PAUTAN

1.

Set 1 Soalan Bahasa Inggeris

2.

Set 2 Kuiz Online Bahasa Inggeris 

3.

Set 3 Soalan Online Bahasa Inggeris

4.

Set 4 Kuiz Bahasa Inggeris 

5.

Set 5 Soalan Bahasa Inggeris

Penutup

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar dalam melakukan persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi beberapa bahan pendidikan lain, seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai jawatan kosong kerajaan, bantuan pendidikan serta bahan-bahan pendidikan bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan akses kepada perkara di atas.