Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris SR

Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ini adalah bagi membantu murid-murid Sekolah Rendah dalam menguasai pengetahuan asas Bahasa Inggeris mereka.

Tatabahasa adalah sesuatu aspek yang penting dalam menguasai sesuatu bahasa. Begitu juga penguasaan tatabahasa di dalam bahasa inggeris. Tatabahasa membolehkan kanak-kanak agar dapat bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain. Membolehkan kanak-kanak memahami makna sesuatu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukannya. Selain itu juga, tatabahasa turut diajarkan agar dapat menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan sesuatu bahasa.

Tips untuk Berbahasa Inggeris dengan baik

  1.  Mendengar muzik kegemaran dalam bahasa inggeris dan mencari maksud setiap perkataan baharu. Sedikit sebanyak, ianya akan dapat meluaskan pengetahuan dalam bahasa ini. Pada masa yang sama cuba untuk menterjemahkan lirik lagu ke dalam bahasa melayu untuk menjadikan ianya lebih mencabar.
  2. Berlatih untuk berfikir dalam bahasa inggeris dan melakukan jurnal. Catatkan isi fikiran anda dengan di dalam jurnal tersebut.
  3. Belajar untuk meluahkan pendapat melalui berita dan perdebatan. Jika anda merupakan seseorang yang mempunyai pelbagai pendapat, sentiasalah menambah perbendaharaan kata untuk membolehkan anda meluahkan pendapat tersebut. Perbanyakkan menonton video perdebatan untuk meningkatkan kemahiran mendengar serta menambah perbendaharaan kata.

Dapatkan “Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan senarai pautan yang mengandungi nota tatabahasa yang dapat dimuat turun oleh para guru dan ibu bapa sebagai bahan yang berguna.

Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan yang bermanfaat kepada kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi bahan pendidikan yang lain seperti:

  1. Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan
  2. Bahan Bacaan Bahasa Inggeris Tahun 1
  3. 7 Tips Mengingati Pengajaran Guru dalam kelas

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan pendidikan lain serta maklumat mengenai bantuan kerajaan dan sebagainya.