Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan -Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

 

cerita pendek untuk bacaan dan penulisan bahasa inggeris

Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan ini disediakan dalam bahasa inggeris untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa inggeris pada peringkat awal. Bahan ini juga sesuai untuk diberikan kepada murid tahap 1 sebagai latihan tambahan mereka.

Tips Mendidik Bahasa Inggeris Kanak-kanak Peringkat Awal

Bagi mendidik bahasa inggeris pada kanak-kanak, beberapa langkah awal yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa. Antaranya ialah:

  1. Ibu bapa sendiri perlulah memperbaiki bahasa inggeris kerana anak-anak akan sentiasa mengikut gaya percakapan ibu bapa. Gunakan peluang ini untuk menambahbaik kemahiran bahasa inggeris bersama-sama dengan anak.
  2. Banyakkan membaca buku-buku bahasa inggeris sejak anak-anak masih bayi. Mulakan dengan bahan bacaan yang mudah dan naik taraf kepada buku cerita ringkas dan suku kata ringkas apabila usia mereka semakin meningkat.
  3. Menyanyi juga merupakan salah satu cara untuk mempraktikkan penggunaan bahasa inggeris dan pada masa yang sama, anak-anak juga akan tertarik untuk bersama-sama menyanyi dan akan menjadikan mereka terbiasa dengan penggunaan bahasa inggeris.
  4. Gunakan masa bermain dengan anak-anak sebagai salah satu medium untuk mengajar bahasa inggeris. Main permainan yang menggunakan bahasa inggeris atau ibu bapa juga boleh mengubah permainan sedia ada dengan permainan yang menggunakan bahasa inggeris. Misalnya, permainan congkak boleh menjadi aktiviti mengira dalam bahasa inggeris.
  5. Jadikan bahasa inggeris sebagai medium perbualan seharian di rumah. Dengan cara ini, anak akan lebih biasa dengan menggunakan bahasa inggeris dan mudah difahami dengan contoh perbuatan.

Dapatkan “Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang dapat membantu para guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkualiti kepada murid-murid. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini untuk mendidik anak-anak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : CERITA PENDEK UNTUK BACAAN DAN PENULISAN

Diharapkan agar perkongsian mengenai Cerita Pendek untuk Bacaan dan Penulisan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan berkualiti, serta informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.