Buku Mewarna Buah-buahan untuk Prasekolah

buku mewarna buahan untuk prasekolah

Buku Mewarna Buah-buahan untuk Prasekolah ini sesuai untuk digunakan oleh murid-murid prasekolah. Di dalam buku mewarna ini, terdapat pelbagai jenis buah-buahan berserta dengan nama buah-buahan tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai kaedah dan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan para guru untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. Fitrah semulajadi mereka adalah bermain, ibu bapa dan guru haruslah menjadi lebih kreatif dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak dengan cara mengaplikasikan proses pembelajaran di dalam aktiviti permainan.

Faedah Aktiviti Mewarna

Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberikan pelbagai manfaat dan kelebihan kepada kanak-kanak. Antaranya ialah:

  1. Aktiviti mewarna memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan. Justeru, aktiviti ini dapat membantu mereka untuk melakukan aktiviti seperti menulis, menaip di masa akan datang.
  2. Melalui cara cengkaman kanak-kanak dalam memegang pensil warna, aktiviti ini membantu dalam meningkatkan kekuatan mencengkam batang pensil dalam aktiviti menulis.
  3. Aktiviti mewarna adalah di mana kanak-kanak mengenali jenis warna. Ibu bapa perlulah memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak semasa aktiviti mewarna dengan memperkenalkan warna-warna yang mereka gunakan.
  4. Dalam menyiapkan hasil kerja mereka, kanak-kanak akan berfikir dan berimaginasi dalam menghasilkan kombinasi warna yang dapat menjadikan kerja mereka menarik. Perbuatan ini akan dapat merangsang kreativiti mereka.
  5. Ibu bapa adalah digalakkan untuk bersama-sama dengan kanak-kanak ketika proses mewarna kerana pada masa inilah ibu bapa dapat berbual dan meluangkan masa bersama. Ibu bapa boleh bertanya kepada kanak-kanak dan biarkan mereka bercerita mengenai hasil kerjanya.

Dapatkan “Buku Mewarna Buah-buahan untuk Prasekolah” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BUKU MEWARNA BUAH-BUAHAN

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Mewarna Buah-buahan untuk Prasekolah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa untuk membekalkan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Bahan ini dapat dijadikan sebagai latihan semasa proses pengajaran serta boleh dijadikan sebagai aktiviti tambahan kepada kanak-kanak semasa berada di rumah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan, anda boleh melayari laman web rasmi Sistem Guru Online.