7 Tips Penting Mengingati Pengajaran Guru Dalam Kelas

tips ingat dalam kelas

7 Tips Penting Mengingati Pengajaran Guru Dalam Kelas sangat berguna kepada para pelajar untuk sentiasa fokus dan mengingati kandungan pengajaran ketika di dalam kelas. Tips yang dikongsikan ini diperoleh daripada perkongsian guru dari akaun Facebook beliau Osman Affan yang banyak berkongsi rahsia dan tips bermanfaat untuk kita semua.

Bilik Darjah atau Kelas

Bilik darjah atau kelas merupakan tempat paling penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini kerana murid-murid akan menghabiskan masa ketika sesi persekolahan di dalam kelas untuk menimba segala ilmu pengetahuan di sekolah.

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran dimana ia memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi serta fokus pelajar untuk terus berjaya dalam pembelajaran.

7 Tips Mengingati Pengajaran Guru Dalam Kelas

  • Proses pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang melibatkan guru dan juga murid. Dalam memastikan kandungan pengajaran dapat memberi kesan dan sampai kepada pelajar, guru akan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar. Namun, sikap atau disiplin pelajar juga sangat penting supaya proses PdP menjadi efektif dan efisyen.
  • Berikut adalah beberapa tips yang berguna kepada pelajar untuk mengingati pengajaran guru di dalam kelas:

1. Abaikan Perkara Tidak Penting

    • Sebaik sahaja guru sudah mula mengajar, pelajar perlu mengabaikan atau menghentikan segala aktiviti yang tidak berkaitan.
    • Pelajar perlu menghentikan perkara seperti :-
      • Mengasah pensel
      • Mengikat tali kasut
      • Memperbetulkan rambut atau tudung
      • Mencari buku
      • Dan lain-lain
    • Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap penerangan dan pengajaran guru di hadapan.

2. Berfikir Apa Yang Mahu Diajar oleh Guru

    • Sebelum guru mula mengajar, pelajar perlu tetapkan beberapa soalan di alam fikiran seperti:-
      • “Topik apa yang akan diajar hari ini?”
      • “Topik ini mengenai apa?”
      • “Adakah topik hari ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?”
    • Pelajar perlu giat menggunakan otak untuk berfikir lebih banyak soalan sebelum mulanya sesi PdP.

3. Conteng Kertas Kosong

    • Catat apa sahaja soalan yang terlintas di dalam fikiran anda ketika guru sedang mengajar
    • Keluarkan segala isi penting, nilai atau apa yang difahami dari pengajaran guru di atas kertas kosong

4. Gambarkan Apa Yang Sedang Diajar oleh Guru

    • Pelajar perlu bayangkan atau imaginasi apa kandungan yang sedang diajar oleh guru.
    • Cuba luaskan fikiran
    • Melalui bayangan dapat melihat serta memahami apa perkara yang sedang diterangkan dan disampaikan oleh guru.

5. Banyakkan membuat latihan

    • Dengan membuat latihan berterusan, pelajar dapat mengetahui tahap penguasaan mereka dalam sesuatu topik
    • Jika pelajar sudah banyak memahami kandungan pengajaran, lebih senang untuk mengingatinya
    • Tuliskan di dalam buku atau kertas sekiranya terdapat soalan yang tidak difahami dan bertanya kepada guru

6. Cuba Bersungguh Dulu, Baru Minta Bantuan Guru

    • Pelajar perlu cuba menjawab soalan bersungguh-sungguh dahulu, sekiranya masih tidak boleh menjawab baru bertanya kepada guru
    • Asah minda untuk terus berfikir dan menyelesaikan masalah soalan tersebut
    • Jika pelajar tidak mencuba sedaya mungkin, mereka akan mudah lupa

7. Baca dan Fahami Pengajaran Guru sebelum 48 Jam

    • Sebaiknya sahaja guru habis mengajar satu topik, pelajar membaca, belajar dan fahami semula sebelum 48 jam
    • Lakukan ulang kaji semula secara berterusan

Sebelum ini kami ada kongsikan pelbagai tips menarik yang memberi manfaat bersama seperti Cara Terbaik Memperkenalkan Diri ketika Temu Duga, Tips Persediaan Temu Duga UPU, Tips Temu Duga Atas Talian dan sebagainya.

Akhir kata, artikel yang kami kongsikan kali ini 7 Tips Penting Mengingati Pengajaran Guru Dalam Kelas dapat memberikan info berguna serta faedah terutamanya kepada pelajar-pelajar. Untuk mengetahui lebih banyak lagi info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan, kerja kosong dan lain-lain, sila layari laman sesawang kami Sistem Guru Online.