Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6

pentaksiran bilik darjah

Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 dikongsikan kepada semua para pendidik untuk menulis laporan berkaitan penilaian murid di dalam bilik darjah. Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sangat sinonim sebagai seorang warga pendidik.

Tujuan pentaksiran bilik darjah ini dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengetahui tahap kemampuan, penguasaan, perkembangan dan pencapaian seseorang murid di dalam bilik darjah. Kebiasaannya, terdapat dua jenis penilaian yang biasa dilakukan secara formatif dan sumatif.

Penilaian sangat penting di dalam sistem pendidikan sebagai penanda aras untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan seseorang murid itu. Penilaian formatif dijalankan untuk meningkatkan serta memperbaiki standard pengajaran dan tujuan pengajaran dalam P&P. Melalui penilaian formatif, guru-guru akan mendapat maklum balas daripada pelajar semasa proses pengajaran. Tujuan penilaian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh guru untuk mengetahui pencapaian murid di kelas.

Selain itu, penilaian sumatif juga turut dijalankan untuk mengesan tahap penguasaan murid dalam setiap topik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebiasaannya, ujian ini dilakukan secara formal sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian secara formal adalah seperti ujian bertulisan dan ujian lisan mengikut kesesuaiannya yang ditetapkan oleh guru.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tahun 6” di sini

Melalui artikel ini, kami kongsikan templat pelaporan PBD untuk semua mata pelajaran tahun 6. Perkongsian ini bagi memudahkan guru untuk membuat pelaporan pentadbiran bilik darjah (PBD).

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : Link Download disini

TEMPLAT

SUBJEK

Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6

Bahasa Melayu SK

Bahasa Inggeris SK

Bahasa Inggeris SJK

Sains

Matematik

Sejarah

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Seni

Pendidikan Muzik

RBT

TMK

Pendidikan Jasmani Akuatik

Pendidikan Jasmani Rekreasi

Aktiviti Teras Pentaksiran Bilik Darjah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sebagai penilaian PBD semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh para guru:-

  • Projek mudah
  • Bercerita
  • Permainan
  • Main Peranan
  • Kuiz

Perkongsian Bersama

Menerusi artikel ini Templat Pelaporan Pentadbiran Bilik Darjah Tahun 6, diharap dapat membantu para guru di luar untuk melaksanakan penilaian PBD bagi setiap mata pelajaran untuk murid Tahun 6. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti PdP. Semoga, dengan penilaian-penilaian yang dilakukan ini dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian dalam akademik serta memudahkan guru mengetahui kelemahan mereka untuk diperbaiki.