Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 48&49

Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 48&49

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 48&49 ini membantu perkembangan minda kanak-kanak serta menggalakkan pemikiran secara kritikal.

Di dalam latihan ini, terdapat ikon sayur-sayuran kerana selain daripada bertujuan untuk membina kemahiran berfikir kanak-kanak, latihan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis sayuran kepada mereka.

Pengambilan sayur-sayuran adalah penting bagi kanak-kanak kerana sayuran mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan mereka.

Kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kanak-kanak

  1. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni boleh menyediakan pelbagai nutrien yang diperlukan serta membantu penjagaan kesihatan anak-anak sesuai untuk setiap hari.
  2. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan rendah lemak dan kalori dapat menghindarkan anak-anak daripada risiko obesiti. Kanak-kanak yang berlebihan berat badan mempunyai potensi yang lebih tinggi dalam mendapatkan penyakit seperti diabetes jenis 2, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan, kemurungan dan pelbagai penyakit kronik yang lain.
  3. Pengambilan diet yang sihat dapat membantu anak anda dalam pencapaian di sekolah. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Sekolah mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai kualiti pemakanan yang kurang baik adalah lebih cenderung mendapatkan skor pencapaian akademik yang lemah berbanding dengan mereka yang mengamalkan diet seimbang setiap hari.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 48&49” di sini


Bahan ini dikongsikan bagi kegunaan para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berguna untuk kanak-kanak. Latihan ini juga sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak sebagai latihan tambahan semasa di rumah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Prasekolah – Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 48&49

Semoga dengan perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan pendidikan, bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.