Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal Muka Surat 1 dan 2

Latihan Prasekolah Aktiviti Gunting Tampal Ms 1 dan 2

Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal Muka Surat 1 dan 2 ini bertujuan untuk membantu menambahkan kekuatan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Kemahiran motor ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan. Kemahiran motor umumnya terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar.

Aktiviti di dalam bahan yang dikongsikan ini melibatkan aktiviti motor halus kanak-kanak kerana melibatkan tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil seperti jari, pergelangan tangan, bibir, jari kaki dan lain-lain. Kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.

Kepentingan Kemahiran Motor Halus

Antara kepentingan kemahiran motor halus kepada kanak-kanak ialah:

  • Membina otot-otot tangan dan jari
  • Membina koordinasi mata, jari dan tangan
  • Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi antara mata dan tangan
  • Menggunakan otot untuk membina sesuatu objek
  • Membantu penggunaan otot dalam menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti membutang dan lain-lain
  • Dapat menggunakan peralatan melukis dan menulis dengan betul

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal Muka Surat 1 dan 2” di sini


Bahan ini sesuai untuk digunakan oleh para guru dan ibu bapa. Tetapi perlu diingatkan bahawa keselamatan anak-anak perlu diutamakan kerana aktiviti di dalam bahan ini menggunakan alatan tajam. Pengawasan orang dewasa adalah amat diperlukan semasa menjalankan aktiviti ini.

Sila muat turun bahan ini di dalam pautan yang disediakan di bawah.

Slide3

Slide4

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI GUNTING DAN TAMPAL MUKA SURAT 1&2

Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Gunting dan Tampal ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan yang lain antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan, bantuan kerajaan dan bantuan pendidikan dan lain-lain.