Latihan Sains Tahun 1= Unit: Deria Manusia, Muka Surat 7&8

 

Latihan Sains Tahun 1 Deria Manusia

Latihan Sains Tahun 1 = Unit: Deria Manusia, Muka Surat 7&8 ini memberikan latihan berkenaan dengan pengenalan deria-deria manusia yang terdapat pada tubuh badan manusia serta fungsinya.

Manusia dikurniakan dengan 5 deria iaitu deria sentuhan, deria pendengaran, deria bau, deria penglihatan dan deria rasa. Kelima-lima deria ini mempunyai organ yang tersendiri misalnya, deria sentuhan terletak pada organ kulit manusia. Apabila seseorang itu dicubit atau disentuh, deria yang terdapat pada kulit akan memberikan maklumat kepada otak bahawa kulit sedang disentuh.

Setiap deria mempunyai rangsangannya tersendiri. Deria bau akan dirangsang apabila sesuatu bau dihidu sebagai contoh, bau bunga atau minyak wangi yang kuat akan membuatkan seseorang tertarik. Perkara tersebut dikesan oleh deria yang terdapat pada organ hidung.

Organ deria digunakan untuk mengesan rangsangan serta memberikan tindak balas akan sesuatu perkara.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1, Deria Manusia Muka Surat 7&8” di sini


Sila muat turun latihan ini di dalam pautan yang telah disediakan di bawah. Latihan ini menggandungi gambaran berkenaan deria yang terdapat pada tubuh badan manusia agar mudah bagi murid-murid untuk mengenalpasti keberadaan deria pada tubuh.

Penggunaan situasi yang merangsang deria juga diberikan supaya murid dapat memahami dengan lebih baik berkenaan dengan rangsangan setiap deria yang terdapat pada tubuh manusia.

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 7

SAINS TAHUN 1, UNIT 4 MANUSIA MUKA SURAT 8

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :LATIHAN SAINS TAHUN 1 – UNIT 4 (MANUSIA) MUKA SURAT 7&8

Latihan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk kegunaan semasa di dalam kelas kerana latihan ini adalah sejajar dengan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah. Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini bagi membantu dan menyokong anak-anak dalam meningkatkan prestasi mereka di sekolah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang sesuai untuk murid tahun 1. Antaranya ialah:

Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Sains Tahun 1 unit Deria Manusia ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan juga ibu bapa. Sia layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini serta bahan-bahan pendidikan yang lain.