Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 4

Latihan Sains Tahun 1 Unit 3 Ms 4

Latihan Sains Tahun 1 = Unit 3: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 4. Mengajar mata pelajaran Sains menjadi sesuatu perkara yang agak mencabar bagi guru-guru. Hal ini kerana mata pelajaran Sains adalah sesuatu yang agak sukar bagi murid-murid untuk memahami konsep secara keseluruhannya.

Tetapi, dengan kaedah yang betul, para guru dapat mengawal murid-murid serta membimbing mereka untuk mencapai tahap kefahaman yang optimum.

Selain daripada latihan-latihan tambahan yang diberikan, para guru hendaklah mempelbagaikan kaedah mengajar bagi membantu murid memahami sesuatu topik. Sesungguhnya mata pelajaran Sains adalah antara perkara yang penting di dalam kehidupan kerana ianya merupakan antara mata pelajaran yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit 3, Muka Surat 4” di sini


Para guru boleh mendapatkan bahan latihan di dalam pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN SAINS TAHUN 1, UNIT 3 MUKA SURAT 4

Tips Menarik Minat Pelajar Sains

Aktiviti Hands-On

Teknik pengajaran tradisional yang hanya melibatkan interaksi pengajar kepada pelajar agak ketinggalan zaman dan tidak menarik perhatian pelajar. Jadi, para guru perlulah memperbanyakkan aktiviti hands-on seperti membina model, melakukan eksperimen, mewarna gambar dan aktiviti-aktiviti lain.

Teknik Penyoalan Minds-On

Guru yang cemerlang mampu menyediakan soalan yang mencabar minda pelajar. Soalan yang berkualiti pula dapat merangsang pelajar untuk berfikir lebih dalam lagi dalam mencari jawapan dengan pelbagai cara. Aktiviti Minds-On juga berlaku apabila guru memberikan soalan-soalan KBAT dalam sesi pembelajaran yang menggalakkan pelajar memberikan tindakbalas, pandangan dan pendapat dalam sesuatu topik.

Proses berfikir dan mencari jawapan inilah yang akan membantu pelajar untuk meminati subjek Sains.

Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran

Di dalam era sekarang, penggunaan teknologi telahpun didedahkan kepada semua lapisan masyarakat. Salah satu cara untuk menarik minat pelajar adalah dengan mengimplikasikan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran. Guru boleh memberikan tugasan dalam bentuk penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. Misalnya, memberikan pautan Youtube untuk ditonton berkenaan dengan video-video ilmiah di rumah ataupun tugasan menghasilkan persembahan bagi topik-topik tertentu.

Menggunakan Sains dalam Rutin Harian

Kebanyakkan pelajar menganggap Sains adalah sesuatu yang asing bagi mereka dan merupakan mata pelajaran yang hanya boleh dibayangkan sahaja. Jika guru dapat mengubah pandangan pelajar, tentunya ia akan memebrikan pengalaman berbeza kepada pelajar.

Penggunaan bahan yang terdapat di sekeliling kita bagi menggantikan bahan yang kelihatan terlalu saintifik, juga dapat mendekatkan lagi Sains dengan pelajar.

Selain daripada bahan latihan mata pelajaran Sains, kami juga pernah berkongsi latihan untuk mata pelajaran lain seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini serta perkongsian berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Latihan Sains Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru serta ibu bapa yang memerlukan latihan tambahan buat murid dan anak-anak mereka.