Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 2&3

Latihan Sains Tahun 1 Unit 3 Ms 2&3

Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 2&3 adalah merupakan sambungan daripada perkongsian yang lepas. Unit ini membincangkan tentang perbezaan benda hidup dan benda bukan hidup.

Di dalam perkongsian yang lepas, latihan yang disediakan membincangkan ciri-ciri asas benda hidup dan benda bukan hidup. Pada perkongsian bahan pada kali ini, soalan-soalan yang disediakan memerlukan murid untuk berfikir secara meluas.

Benda hidup adalah seperti manusia, tumbuhan dan haiwan. Manakalah benda bukan hidup adalah seperti buku, peralatan-peralatan dan sebagainya.

Ciri-ciri benda hidup:

  • Bernafas
  • Bergerak
  • Memerlukan makanan, minuman
  • Membesar
  • Membiak

Ciri-ciri benda bukan hidup:

  • Tidak bernafas
  • Tidak bergerak
  • Tidak memerlukan makanan, minuman
  • Tidak memerlukan proses pembiakan
  • Tidak membesar

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 2&3” di sini

Para guru dan ibu bapa boleh memanfaatkan latihan ini dengan mencetak dan mengedarkannya kepada murid-murid dan anak-anak. Latihan ini boleh digunakan sebagai latihan tambahan ataupun latihan semasa proses pembelajaran dan pengajaran kerana latihan ini dihasilkan sejajar dengan proses PdP Tahun 1.

Mata pelajaran Sains ini berfokuskan kepada unit 3 iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : SAINS TAHUN 1 UNIT 3 MUKA SURAT 2&3

Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Sains

Pendekatan Inkuiri

Inkuiri membawa maksud menyiasat, melakukan kajian ke atas sesuatu fenomena serta menyoal tentang sesuatu perkara. Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid akan mendapatkan pengetahuan melalui kajian yang dilakukannya sendiri dan guru akan membimbing murid untuk menambahkan lagi kefahaman dalam konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.

Kemahiran berfikir dan saintifik berkembang semasa proses inkuiri ini dilaksanakan. Namun, perlu diingatkan bahawa pendekatan ikuiri ini adalah tidak sesuai untuk digunakan dalam semua situasi proses pembelajaran dan pengajaran. Beberapa konsep dan prinsip adalah lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara elemen terpenting dalam konstruktivisme ialah:

  • Guru mengambil kira pengetahuan yang sedia ada pada murid
  • Pembelajaran adalahh hasil usahha murid sendiri
  • Pembelajaran berlaku apabila murid menggabungkan idea asal dengan idea baru bagi menyusun semula idea mereka
  • Murid berpeluang untuk bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi

Pembelajaran Kontekstual

Kontekstual adalah antara kaedah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Di dalam konteks pembelajaran ini, murid akan mengimplikasikan teori di dalam kehidupan mereka sendiri. Pendekatan kontekstual digunakan oleh murid semasa menyiasat seperti yang dilakukan dalam pendekatan inkuiri.

Pembelajaran MasteriĀ 

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan dalam memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya. tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses PdP.

Diharapkan dengan perkongsian latihan mata pelajaran sains ini, akan dapat memberikan manfaat kepada para guru yang sedang memerlukan bahan untuk mengajar.

Selain itu, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan serta informasi terkini. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini serta bahan-bahan pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.