Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 46&47

Latihan prasekolah aktiviti pagar sesat ms 46&47

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 46&47. Aktiviti Fizikal adalah penting bagi kanak-kanak terutamanya di peringkat perkembangan awal mereka. Ibu bapa, penjaga dan guru perlulah memainkan peranan dan mengajak kanak-kanak untuk aktif secara fizikal setiap hari.

Aktiviti fizikal adalah sebarang pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot dan membawa kepada penghasilan tenaga. Aktiviti fizikal dibahagikan kepada dua kategori iaitu aktiviti fizikal berstruktur dan tidak berstruktur. Aktiviti berstruktur adalah aktiviti yang dirancang dan disusun oleh ibu bapa/penjaga/gutu dan mempunyai objektif tersendiri tetapi tiada unsur pertandingan.

Manakala aktiviti tidak berstruktur adalah aktiviti bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam meneroka persekitaran mereka. Umumnya, mereka bermain menggunakan imaginasi dan idea mereka tersendiri.

Kepentingan Aktiviti Fizikal untuk Kanak-kanak

  1. Perkembangan dan pertumbuhan diri yang bagus.
  2. Pemakanan yang sihat disertakan dengan aktiviti fizikal dapat menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak.
  3. Menyokong perkembangan motor, koordinasi dan pergerakan (kaki dan tangan).
  4. Membentuk keyakinan diri dan membantu kanak-kanak untuk bersosial bersama rakan-rakan terutamanya aktiviti yang berstruktur seperti aktiviti berkumpulan.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 46&47” di sini


Bahan ini boleh dicetak keluar dan digunakan sebagai aktiviti fizikal kepada kanak-kanak di rumah mahupun di sekolah. Para guru boleh memanfaatkan bahan ini semasa di dalam kelas dan juga ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini untuk dijadikan sebagai latihan tambahan semasa di rumah.

PRESCHOOL MS 46

PRESCHOOL MS 47

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 46 DAN 47

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan dan juga berkenaan dengan bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.