Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 16&17

 

Latihan Prasekolah

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 16&17 ini merupakan sambungan daripada perkongsian berkenaan dengan latihan aktiviti pagar sesat sebelum ini.

Kanak-kanak prasekolah perlu dibekalkan dengan latihan yang pelbagai untuk membantu perkembangan minda mereka. Penggunaan aktiviti pelbagai seperti mewarna, melakukan aktiviti pagar sesat, mengira dan sebagainya adalah antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru prasekolah khususnya.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

Guru-guru perlulah mengaplikasikan konsep belajar melalui permaianan kerana ianya adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna.

Pembelajaran melalui permainan adalah sangat penting kerana bermain adalah fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.

Selain itu, belajar sambil bermain dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru. Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Dapatkan “Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 16&17” di sini


Di sini kami lampirkan aktiviti pagar sesat untuk latihan bagi murid prasekolah. Latihan ini boleh digunakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ataupun boleh digunakan sebagai praktis tambahan di rumah. Ibu bapa juga perlulah mengambil inisiatif untuk memberikan latihan tambahan kepada anak-anak mereka.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MUKA SURAT 16&17

Tujuan Belajar Sambil Bermain

  • Dapat memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran.
  • Dapat meningkatkan tumpuan dan perhatian.
  • Memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan perasaan.
  • Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.
  • Membantu menyelesaikan masalah.
  • Membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
  • Membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan moto kasar.
  • Membantu murid untuk membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.
  • Membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid.

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang bahan-bahan pendidikan untuk murid tahun 1 dan murid prasekolah seperti:

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada guru-guru sebagai latihan tambahan kepada murid-murid. Latihan ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membekalkan praktis atau aktiviti tambahan kepada anak-anak mereka di rumah.