Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Bahagian Adab

Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Bahagian Adab

Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Bahagian Adab dikongsikan kepada guru Pendidikan Islam untuk diberikan kepada murid-murid tingkatan 5. Sebagai seorang manusia, adab merupakan panduan kepada manusia. Adab menjadikan manusia ke arah yang lebih baik dimana adab menentukan tatacara hidup seseorang itu.

Dapatkan “Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5” di sini

Anda boleh memuat turun bahan disini. Latihan yang dikongsikan merangkumi bahagian adab dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

SUBJEK

SOALAN DAN JAWAPAN

Pendidikan Islam Tingkatan 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara Memupuk Anak Menjaga Adab

Pelbagai cara perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai adab yang baik sejak dari kecil lagi. Adab yang baik perlu dipupuk dan diterapkan, ianya tidak akan datang secara semulajadi. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik untuk memberikan teladan baik kepada anak mereka.

  1. Belajar berterima kasih dan meminta pertolongan
    • Mengajar anak untuk sentiasa mengucapkan ‘Terima Kasih‘ apabila menerima barang atau apa-apa pertolongan daripada orang lain.
    • Apabila anak ingin meminta bantuan, ajar mereka untuk berkata ‘ Tolong‘, ‘Boleh tolong saya?‘ dan frasa-frasa yang lain.
    • Praktik perkataan atau frasa ini bersama anak-anak dalam kehidupan harian agar mereka membiasakan diri menggunakannya.
  2. Bertegur sapa dan menjaga tutur kata
    • Menunjukkan cara menyapa orang dengan sopan dan betul terutamanya orang tua seperti cara berjabat tangan dan kata-kata yang sopan ketika berbual
    • Marah dan tegur mereka jika menggunakan perkataan kasar yang tidak baik dan jangan ulangi perbuatan itu.
    • Berikan contoh perbualan dan perbuatan yang baik melalui kaedah lakonan atau bercerita agar mereka mendapat gambaran yang sebenar mengenai adab.
  3. Hormat golongan tua
    • Ajar mereka menggunakan kata panggilan yang betul apabila bergaul dengan orang tua. Jika ingin memanggil individu luar yang lebih tua, gunakan panggilan ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Pak Cik’, ‘Mak Cik’ atau panggilan lain yang sopan.
    • Namun begitu, pastikan anak-anak sentiasa berwaspada dengan individu luar atau asing yang mencurigakan.
    • Ibu bapa menunjukkan ciri-ciri yang baik memberi keutamaan kepada orang tua seperti memberikan tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam, memberikan makanan kepada orang tua terlebih dahulu, membantu angkat barang, melintas jalan raya dan sebagainya.
  4. Ajarkan sifat empati di dalam diri mereka
    • Ajar mereka melihat individu di sekeliling terutamanya orang susah. Cuba meletakkan diri kita dalam situasi mereka yang kurang berkemampuan.
    • Berfikir keperluan orang lain selain diri mereka sendiri.

Faedah bersama

Diharap dengan perkongsian kami ini iaitu Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Bahagian Adab dapat membantu pelajar tingkatan lima untuk meningkatkan pencapaian dan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, guru-guru Pendidikan Islam boleh menjadikan soalan-soalan sebagai contoh untuk menjawab peperiksaan. Untuk mendapatkan banyak bahan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya boleh layari laman web kami Sistem Guru Online.