Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 7&8

Unit Keberisihan Bahasa Melayu Tahun 1

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 7&8. Di dalam latihan ini memperkenalkan simpulan bahasa dan kata perintah yang mudah dan sesuai untuk dipelajari oleh murid tahun 1.

Penggunaan simpul bahasa di dalam latihan ini juga adalah bersesuaian dengan tahap murid-murid tahun 1. Simpulan bahasa merupakan gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia pada waktu itu. Simpulan bahasa adalah sangat penting pada suatu ketika dahulu dalam menyampaikan hasrat dan hajat samada membawa maksud yang baik atau tidak.

Kegunaan Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah satu cabang atau sub-kategori dalam peribahasa. Walaupun simpulan bahasa dan peribahasa diciptakan oleh orang dahulu kala, ianya masih relevan dan masih berguna sehingga ke hari ini.

Gambaran yang dinyatakan di dalam simpulan bahasa boleh menjadi satu bentuk teguran untuk orang lain dengan cara yang mudah dan sopan.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh para ibu bapa dan guru untuk mengajar anak-anak dan murid simpulan bahasa. Antaranya ialah:

  1. Lakukan gambaran ringkas untuk menggambarkan simpulan bahasa. Sebagai contoh, simpulan bahasa kaki bangku boleh menggunakan gambar kaki dan bangku untuk mengenalkan simpulan bahasa ini kepada kanak-kanak. Seterusnya, terangkan maksud simpulan bahasa tersebut menggunakan kata yang mudah untuk difahami oleh mereka.
  2. Cipta situasi atau cerita untuk menerangkan maksud simpulan bahasa. Misalnya, ceritakan kisah berkenaan dengan maksud kera sumbang dengan menggambarkan seekor kera yang enggan untuk bergaul dengan orang ramai. Teknik penceritaan akan meninggalkan kesan kepada kanak-kanak kerana mereka gemar untuk mendengar cerita dan menggambarkan situasi tersebut.
  3. Ibu bapa juga boleh menggunakan simpulan bahasa dalam kehidupan seharian. Contohnya, ketika ibu dan anak bersama-sama menyiram pokok bunga, ibu boleh memuji anak dengan mengatakan mereka ringan tulang kerana sudi menolong ibu menyiram pokok. Lama-kelamaan mereka akan faham maksud yang dibawa oleh simpulan bahasa tersebut.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 7&8” di sini


Di sini kami ingin berkongsi bahan pendidikan ini untuk kegunaan para guru dan ibu bapa.

Latihan BM Tahun 1 Tema Kebersihan, Muka Surat 7

Latihan BM Tahun 1 Tema Kebersihan, Muka Surat 8 Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 – Tema Pentingkan Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 7&8

Ibu bapa dan guru-guru adalah digalakkan untuk mencetak latihan ini dan dijadikan sebagai bahan pendidikan. Para guru boleh menggunakan latihan ini di dalam kelas kerana ianya selari dengan PdP sekolah, manakala ibu bapa juga boleh menggunakan latihan ini sebagai latihan tambahan untuk anak-anak di rumah.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan latihan-latihan tahun 1. Antaranya ialah:

Semoga dengan perkongsian Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 Tema Kebersihan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa. Untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.