Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Keselamatan, Muka Surat 13&14

latihan bahasa melayu unit keselamatan ms 13&14

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Keselamatan, Muka Surat 13&14. Di dalam latihan ini, terdapat latihan yang mengenalkan pantun ringkas kepada para pelajar.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya).

Ciri-ciri pantun adalah wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat di dalam puisi yang lain. Pantun boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap-rangkap berikutnya. Selain itu, rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi

  1. Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puisi yang lahir daripada masyarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
  2. Puisi melayu yang tertua kerana ianya yang pertama lahir dalam masyarakat Melayu.
  3. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Pantun mempunyai dua kerat, empat kerat, lapan kerat, berkait dan sebagainya.
  4. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak.
  5. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi, cinta dan sebagainya.
  6. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dengan jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
  7. Mudah dicipta secara spontan.
  8. Mencerminkan pancaran nilai melayu.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Keselamatan, Muka Surat 13&14” di sini

Bahan ini dikongsikan untuk kegunaan para guru dan ibu bapa untuk digunakan sebagai latihan tambahan anak-anak di sekolah dan di rumah.

Latihan BM Tahun 1 Tema Keselamatan, Muka Surat 13

Latihan BM Tahun 1 Tema Keselamatan, Muka Surat 14

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 TEMA KESELAMATAN MUKA SURAT 13&14

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Selain itu, kami juga pernah berkongsi bahan pendidikan lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan bantu mengajar serta berkenaan dengan maklumat lain.