Himpunan Templat PBD Tingkatan 5 Semua Mata Pelajaran

Himpunan Templat PBD Tingkatan 5 Semua Mata Pelajaran

Himpunan Templat PBD Tingkatan 5 bagi Semua Mata Pelajaran. Perkongsian kami kali ini adalah templat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk guru-guru Tingkatan 5 dalam melaksanakan PBD kepada pelajar.

Matlamat utama pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) ini adalah untuk guru melakukan penilaian secara berterusan yang lazimnya dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mengenal pasti tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian setiap murid dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis ujian atau penilaian yang sering dilakukan iaitu secara formatif dan sumatif.

Ciri-ciri Penilaian Bilik Darjah

  1. Guru sendiri akan membuat penilaian
    • Guru kelas atau mata pelajaran sendiri akan melakukan penilaian kepada murid-murid dalam memastikan tahap pencapaian mereka
  2. Dilakukan secara sistematik dan efisyen
    • Guru merupakan individu utama yang merancang dan menentukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang akan digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
    • Menjalankan proses Pentaksiran Bilik Darjah di dalam kelas
    • Guru akan mengumpulkan data dan merekodkan maklumat tentang pencapaian murid
    • Guru akan membuat analisis daripada data yang diterima
    • Seterusnya, guru akan mengambil tindakan atau langkah susulan untuk membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti
  3. Ujian secara formatif dan Sumatif
    • Penilaian Pentaksiran Bilik Darjah dijalankan secara berterusan
    • Bagi mengetahui tahap perkembangan, peningkatan dan pencapaian murid
    • Boleh dilakukan dengan pelbagai jenis penilaian iaitu secara penulisan, pemerhatian dan lisan
  4. Penilaian dijalankan kepada setiap murid secara individu
    • Guru akan menjalankan penilaian dan menekankan pencapaian murid mengikut individu.

Dapatkan “Template-template PBD Tingkatan 5 Semua Mata Pelajaran” di sini


Di sini admin nak kongsikan templat-templat PBD Tingkatan 5 bagi semua mata pelajaran. Jika anda ingin memuat turun, anda perlu menekanĀ link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu format dokumen Excel.

Download : Link Download disini

Manfaat Bersama

Diharapkan, dengan perkongsian artikel kami ini Himpunan Templat PBD Tingkatan 5 Semua Mata Pelajaran, dapat membantu para guru serta memudahkan kerja guru di luar untuk melaksanakan penilaian pentaksiran bilik darjah bagi setiap mata pelajaran untuk murid Tingkatan 5. Anda digalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti PdP dengan kreativiti sendiri. Semoga dengan penilaian PBD yang telah dijalankan dapat membantu murid meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka serta memudahkan guru mengenal pasti kelemahan murid mereka untuk diambil tindakan.