Cadangan sekolah ditutup semula oleh PIBGN–Wajarkah?

Cadangan sekolah ditutup semula oleh PIBGN

Cadangan sekolah ditutup oleh PIBGN semasa Gelombang Ke-4–Pendapat Anda? . Situasi jangkitan Covid-19 di negara kita masih lagi di tahap membimbangkan. Dari demi dari kes jangkitan adalah di atas 2,000 kes sehari. Pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan mengalami kesulitan untuk menjalankan sesi persekolahan secara normal.

Baru-baru ini, 7 daerah di Kelantan sudah diarahkan menutup persekolahan akibat daripada penularan Covid-19 di dalam kluster sektor pendidikan. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya kalangan ibu bapa berkaitan keselamatan anak-anak mereka.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) telah mencadangkan penutupan sekolah di seluruh negara buat sementara waktu akibat penularan Covid-19 yang semakin meningkat yang melibatkan sektor pendidikan. Pengerusi PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata langkah itu adalah jalan penyelesaian terbaik bagi menyekang penularan wabak Covid-19 di dalam kluster sektor pendidikan demi keselamatan warga sekolah dan anak-anak. Beliau berkata:

Kita bimbang kerana peningkatan kes penularan banyak melibatkan sekolah terutamanya kebanyakan sekolah harian.”

Sebaik sahaja penutupan semua sekolah bermula, pelaksanaan PDPR dimulakan segera kerana kita bimbang penularan kes tidak terkawal semakin meningkat dan merebak apatah lagi pengagihan suntikan vaksin belum secara menyeluruh.”

Tambahan pula, beliau juga mengharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mempertimbangkan cadangan ini serta membuat penelitian terkini demikian dengan peningkatan kes penularan yang melibatkan sekolah pada ketika ini. Tambah beliau :

Penutupan sekolah perlu sebagai langkah kita mengawal dan mencegah penularan jangkitan Covid-19 di sekolah.”

Justeru, pihak yang terlibat perlu mempertimbangkan cadangan penutupan semula sekolah serta menilai dan memantau secara terperinci bila waktu yang selamat dan sesuai untuk membuka semula sesi persekolahan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa selepas hampir setahun menjalani proses pembelajaran secara PdPR, sesi persekolahan baru sahaja kembali dibuka secara bersemuka sejak Februari untuk peringkat sekolah rendah dan April bagi peringkat sekolah menengah namun kes penularan telah kembali meningkat.

Perkembangan terbaru kes Covid-19, sebanyak 19 buah sekolah di Selangor telah diarahkan untuk tutup bermula sejak 20 April lalu berikutan terdapat kluster Covid-19 di sekolah negeri itu. Selain itu, sesi persekolahan di daerah Miri, Sarawak juga telah ditutup selama 14 hari akibat penularan wabak di dalam kalangan guru dan pelajar.

Perkongsian

Sebagai pendidik, kita haruslah sentiasa menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua keadaan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka memberi komitmen semasa PdPR dijalankan. Semoga, kita bersama-sama berganding bahu menyediakan pendidikan yang terbaik kepada anak bangsa.