Contoh Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah yang dikongsikan ini adalah untuk kegunaan guru dan pihak pentadbiran sekolah sebagai sumber rujukan.

Setiap sekolah mempunyai makmal komputer untuk kegunaan guru dan murid-murid. Bagi melancarkan segala pengurusan berkaitan makmal komputer di sekolah, organisasi dan jawatankuasa ditubuhkan untuk menguruskan perkara-perkara tentang makmal komputer.

Kelab Komputer Sekolah

Objektif Makmal Komputer

  • Memberi kemudahan kepada murid menggunakan kemahiran berkaitan teknologi maklumat
  • Membimbing murid supaya mempunyai pengetahuan dalam bidang IT
  • Memberi galakan kepada murid untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang teknologi maklumat
  • Menggalakkan murid untuk mencari ilmu pengetahuan melalui pelbagai platform.
  • Dapat memberi sumbangan kepada negara berkaitan bidang teknologi maklumat.

Peranan Guru Penyelaras

  1. Menubuhkan organisasi Kelab Komputer yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dalam pengurusan makmal komputer dan kelab.
  2. Menyusun jadual bagi setiap guru mata pelajaran bagi menggunakan makmal komputer
  3. Mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan bidang teknologi maklumat agar dapat membimbing jawatankuasa kelab melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan IT.
  4. Menghadiri pelbagai kursus formal yang diadakan oleh kelab dari sekolah-sekolah lain

Dapatkan “Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah” di sini


Disini kami ingin kongsikan buku pengurusan makmal komputer sekolah kepada guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk dijadikan panduan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Strategi Pengurusan Makmal Komputer

  1. Menubuhkan organisasi dan jawatankuasa pengurusan makmal komputer
  2. Kelab Komputer ditubuhkan di setiap sekolah
  3. Menyediakan persekitaran makmal komputer yang kondusif dan ceria supaya melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  4. Memastikan murid-murid menerima bimbingan dan didikan berkaitan bidang teknologi maklumat
  5. Memberikan kursus khas kepada guru-guru untuk memantapkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat agar proses pengajaran berjalan lancar.
  6. Memberikan penilaian berterusan kepada murid untuk menguasai segala kemahiran berkaitan pengkomputeran.

Peraturan Makmal Komputer

  • Guru penyelia makmal komputer perlu menyediakan pelan lokasi di dalam makmal komputer seperti susunan alatan, komputer dan sebagainya.
  • Kunci perlu dilabel dengan betul dan disimpan oleh penyelaras makmal komputer serta Guru Besar.
  • Pelajar atau guru-guru lain perlu mendapatkan kebenaran untuk menggunakan makmal komputer
  • Hanya beberapa individu dibenarkan menggunakan makmal komputer dengan ditemani oleh penyelaras makmal komputer.
  • Setiap komputer mestilah mempunyai software Antivirus bagi memastikan keadaan komputer sentiasa dalam selamat
  • Selepas menggunakan makmal komputer, pastikan semua suis dan punca elektrik dimatikan.
  • Setiap makmal komputer wajib memasang sistem pengesan kebakaran dan mempunyai alat pemadam api yang diselenggara dengan baik.

Perkongsian bersama

Didalam artikel ini kami kongsikan berkaitan Contoh Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah untuk dijadikan panduan kepada penyelaras makmal komputer di sekolah. Para guru di luar sana jika berminat mengenai bahan-bahan pendidikan, bantuan kerajaan dan lain-lain boleh melayari laman sesawang kami Sistem Guru Online.