Tugas Kerja dan Fail Meja bagi Guru Perpustakaan dan Media

Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media

Tugas Kerja dan Fail Meja bagi Guru Perpustakaan dan Media. Guru Perpustakaan dan media tidaklah hanya dihadkan kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah tetapi turut meliputi tugas-tugas yang lain.

Tugas utama sebagai guru juga haruslah dijalankan oleh seorang guru perpustakaan dan media. Oleh hal itu, guru perpustakaan dan media hendaklah merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6-8 waktu seminggu. Tugas ini juga merangkumi aspek dalam menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan serta tahunan mengikut kepada subjek yang dipegang oleh guru tersebut.

Selain itu, guru perpustakaan dan media turut bertanggungjawab dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Objektif dalam melakukan tugas ini adalah bagi mengekalkan kemahiran sebagai seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa dan bagi mengekalkan keistimewaan sebagai guru sekolah.

Senarai Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Guru Perpustakaan dan media bertanggungjawab kepada Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

  1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
  2. Merancang dan melakukan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Pengetua/Guru Besa, Kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar.
  3. Merancang dan menguruskan belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Kurikulum Sekolah.
  4. Merancang dapatan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan terkini.
  5. Mengelola Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajarn.
  6. Merancang dan menguruskan program pembacaan seperti program NILAM dan pembudayaan ilmu.
  7. Merancang, mengelola dan menyelaraskan program pembangunan staf serta program latihan dalaman berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.
  8. Membuat Perancangan dan menguruskan program promosi Pusat Sumber Sekolah.
  9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
  10. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri atau PKG atau Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah.
  11. Menyelia dan menguruskan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.
  12. Menyediakan dan memberikan minit mesyuarat JK Induk atau Kerja Pusat Sumber Sekolah.
  13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program.
  14. Melakukan semakan stok dan inventori peralatan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
  15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan atau Pusat Sumber Sekolah.
  16. Melaksanakan penyelidikan atau kajian terhadap tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
  17. Menyediakan laporan serta analisis berkenaan dengan pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta hal ehwal kewangan Pusat Sumber Sekolah.
  18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.

Dapatkan “Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media” di sini

Guru Perpustakaan dan Media boleh mendapatkan fail meja pada link di bawah.

Download : Link Download disini

 

Fail meja yang disediakan turut memperincikan senarai tugas kerja sebagai guru perpustakaan dan media. Fail meja ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada pegawai yang baru menceburi bidang ini supaya dapat gambaran tentang pelaksanaan kerja sebagai guru perpustakaan dan media.

Sebelum ini, kita ada kongsikan bahan-bahan yang bermanfaat kepada guru-guru seperti berikut:

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para guru. Layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.