Skop Kerja serta Fail Meja Guru Prasekolah 2021

Skop dan Fail Meja Guru Prasekolah

Skop Kerja serta Fail Meja Guru Prasekolah 2021 ini menyediakan manual bagi tenaga pengajar prasekolah sesi 2021 untuk lebih memahami tugas kerja yang ditetapkan bagi jawatan tersebut.

Setiap penjawat awam mestilah memiliki satu fail meja untuk kegunaan pegawai akan datang mahupun sebagai rujukan bagi semasa ke semasa termasuklah jawatan sebagai seorang guru prasekolah.

Skop Kerja Tenaga Pengajar Prasekolah

Skop kerja guru prasekolah boleh dipecahkan kepada beberapa aspek seperti Pengurusan Kurikulum Prasekolah, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Murid, Pengurusan Prasarana Sekolah, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pembantu Pengurusan Murid dan juga Peningkatan Profesionalisme. Berikut merupakan pecahan yang lebih mendalam tentang skop kerja guru prasekolah:

Pengurusan Kurikulum Prasekolah 

  1. Menyediakan Rancangan Tahunan seperti mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema, menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK serta merancang cadangan aktiviti berdasarkan HP dan Tema.
  2. Menyediakan Rancangan Harian. Misalnya, guru prasekolah hendaklah menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu, merancangn aktiviti dan teknik PdP berdasarkan HP dan tema, membina BBM yang bersesuaian, menyediakan lembaran kerja dan menghantar kepada Guru Besar untuk tujuan semakan dan pengesahan.
  3. Dalam melaksanakan PdP bagi prasekolah, guru juga turut menjalankan set induksi serta melaksanakan langkah-langkah proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan apa yang telah dirancang. Selain itu, guru prasekolah turut memberikan latihan berdasarkan kemahiran yang diajar semasa PdP dan melakukan refleksi terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan.
  4. Melakukan Pentaksiran Murid. Pelaksanaan pentaksiran murid ini dilakukan bagi mengenalpasti murid yang hendak dinilai dalam meneliti perlakuan atau tingkahlaku murid. Setelah itu, guru prasekolah haruslah menentukan jenis rekod dan mencatatkan rekod tersebut. Rekod yang telah selesai dikemaskini akan disimpan didalam fail peribadi murid.

Pengurusan Kokurikulum Prasekolah

  1. Perkara asas yang perlu dilakukan ialah membina takwim tahunan Prasekolah supaya ianya selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri. Takwim ini perlulah dicetak dan dipamerkan pada papan kenyataan kelas dan menghantar salinan kepada Pengetua atau Guru Besar. Setelah rancangan yang dirancang didalam takwim tahunan, perlulah membuat laporan aktiviti dan dihantarkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
  2. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi prasekolah tidak hanya tertumpu pada aspek pembelajaran didalam kelas tetapi melibatkan aktivti sukan dan motivasi. Guru prasekolah hendaklah melakukan mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD serta pelantikan jawatankuasa pelaksana. Selepas itu, guru hendaklah menyediakan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan. Setelah aktiviti yang dirancangan terlaksana, mesyuarat berkenaan dengan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang perlu dilaksanakan bagi menjamin aktiviti yang lebih baik.

Dapatkan “Fail Meja Guru Prasekolah 2021” di sini

Disini kami menyediakan dokumen berkenaan dengan Fail meja Guru Prasekolah untuk kemudahan semua. Sila download pada link yang telah disediakan.

Download : Link Download disini

Bagi menarik minat murid-murid prasekolah, tenaga pengajar hendaklah mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat dengan menyenaraikan lokasi untuk PdP di luar kelas, memastikan peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dengan baik dan selamat. Apabila terdapat sebarang kerosakan, ianya hendaklah dilaporkan kepada pihak pentadbir dan melabelkan peralatan yang mana selamat digunakan agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku.

Hari Terbuka merupakan hari yang penting bagi ibu bapa dan guru untuk saling berkongsi pendapat mengenai prestasi murid-murid. Perbincangan bersama ibu bapa murid-murid perlulah berfokuskan kepada penambahbaikan perkembangan murid-murid agar mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat.

Fail meja bagi jawatan lain seperti Guru Kelas, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan sebagainya turut pernah dikongsikan sebelum ini. Untuk mendapatkan informasi berguna, layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mengakses bahan-bahan dan berita terkini.