Set Latihan Lengkap Soalan SPM Sejarah

Set Soalan Latihan Lengkap SPM Sejarah ini adalah himpunan soalan-soalan subjek Sejarah yang dikumpulkan dan diambil dari Modul Amanjaya Yayasan Perak. Ini memudahkan para pelajar dan juga guru sebagai persediaan dan sumber rujukan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Pelbagai alternatif dan langkah-langkah perlu diambil dalam usaha mendapat keputusan akademik yang cemerlang terutamanya dalam peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM. Justeru, persediaan awal amatlah penting sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Langkah-langkah persediaan awal

  • Membuat soalan-soalan ramalan
  • Membuat soalan latih tubi
  • Hadir kelas tambahan
  • Perbincangan secara berkumpulan

Para pelajar digalakkan untuk membuat latihan secara berterusan dan tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja. Latihan secara berterusan mampu merangsang minda serta menguatkan lagi daya ingatan para pelajar. Sekiranya mereka sentiasa membuat soalan-soalan ramalan, maka minda mereka akan mudah mengingati format soalan sekaligus mudah memahami kehendak soalan.

Selain itu, pelajar juga disyorkan untuk bersemuka dengan guru sekiranya mereka mempunyai masalah dalam memahami sesuatu topik pembelajaran. Dengan perbincangan bersama guru, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk memahami topik dan soalan dengan lebih tepat.

Dapatkan “Set Lengkap Soalan SPM Sejarah” di sini

Di sini admin ingin kongsikan set lengkap soalan SPM Sejarah. Anda boleh memuat turun dokumen dengan menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Set Latihan Lengkap SPM Sejarah

  • SET 1
    • Latihan 1 (Bab 1 Tingkatan 4- Tamadun Awal Manusia)
    • Latihan 2 (Bab 2 Tingkatan 4- Peningkatan Tamadun)
    • Latihan 3 (Bab 3 Tingkatan 4- Tamadun Awal Asia Tenggara)
  • SET 2
    • Latihan 4 (Bab 4 Tingkatan 4- Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangan di Makkah)
    • Latihan 5 (Bab 5 Tingkatan 4- Kerajaan Islam Madinah)
    • Latihan 6 (Bab 6 Tingkatan 4- Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya)
    • Latihan 7 (Bab 7 Tingkatan 4- Islam Di Asia Tenggara)
    • Latihan 8 (Bab 8 Tingkatan 4- Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat)
  • SET 3
  • SET 4
    • Latihan 11  (Bab 1 Tingkatan 5- Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia) Tenggara)
    • Latihan 12 (Bab 2 Tingkatan 5- Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Ke Dua)
  • SET 5
    • Latihan 13 (Bab 3 Tingkatan 5- Kesedaran Pembinaan Negara Bangsa)
    • Latihan 14 (Bab 4 Tingkatan 5- Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia)
    • Latihan 15 (Bab 5 Tingkatan 5- Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka)
    • Latihan 16 (Bab 6 Tingkatan 5- Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia)
    • Latihan 17 (Bab 7 Tingkatan 5-Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia)
    • Latihan 18 (Bab 8 Tingkatan 5)

Kepentingan Latihan Tubi

Dengan melakukan latihan tubi dapat mendisplinkan pelajar dalam usaha menguatkan lagi daya ingatan dan pemikiran pelajar terutamanya perkara berkaitan dengan pembelajaran mereka. Natijahnya, latih tubi dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar.

Antara kepentingan latih tubi ialah:-

  • Sebagai peneguhan kepada para pelajar dalam pembelajaran agar mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
  • Satu latihan untuk pelajar supaya membuka minda dan mampu berfikir dengan lebih meluas.
  • Dapat memahirkan pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran semasa belajar seperti menganalisis, menghurai, membuat hipotesis dan pelbagai lagi.

Para pelajar boleh mengubah suai setiap latihan tubi yang dibekalkan mengikut kemampuan mereka sendiri. Guru-guru juga boleh mengubah suai dan menambah latihan mengikut kesesuaian murid. Semoga artikel mengenai latihan ini dapat dikongsikan kepada semua pelajar di luar sana.

Perkongsian pada kali ini iaitu Set Soalan Lengkap Soalan SPM Sejarah diharap dapat memberikan banyak manfaat kepada anda semua. Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa bahan pendidikan kepada warga pendidik dan pelajar. Antaranya:-

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai jawatan kosong, informasi mengenai bidang pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.