Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Bukan Hidup, Muka Surat 1

Latihan Sains Tahun 1 Unit 3 satu halaman

Tema: Sains Hayat

Latihan di dalam perkongsian ini adalah berfokuskan kepada unit 3 berkenaan dengan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup. Latihan Sains Tahun 1 ini sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran mereka kerana di dalam latihan ini, arahan yang diberikan adalah jelas, dan mudah difahami. Selain tu, Latihan Sains Tahun 1 ini juga menggunakan pelbagai elemen kartun yang dapat menyerikan lagi lembaran kerja ini.

Di dalam unit 3 di dalam Latihan Subjek Sains Tahun 1 ini, ianya menyentuh ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup. Sebagai contoh, ciri-ciri benda hidup adalah seperti ianya perlu bernafas, boleh bergerak, membiak, membesar. Selain itu, benda hidup memerlukan makanan, air dan udara untuk kekal hidup dan membesar.

Bagi benda bukan hidup, ciri-cirinya adalah seperti tidak bergerak atau bersifat statik, tidak memerlukan udara, air dan makanan untuk kekal berfungsi. Ianya juga tidak membesar dan tidak membiak.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit 3: Benda Hidup dan Bukan Hidup, Muka Surat 1” di sini

Latihan ini sesuai untuk dicetak bagi para guru atau ibu bapa untuk dijadikan sebagai latihan tambahan bagi subjek sains Tahun 1 samada di rumah ataupun di sekolah.

Sila muat turun latihan ini di pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Sila download disini : Sains Tahun 1, Unit 3 Muka Surat 1

Selain mata pelajaran sains, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan latihan-latihan lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Antaranya ialah:

Kami harap dengan perkongsian Latihan Subjek Sains Tahun 1 ini, dapat membantu murid-murid 1 untuk memahami topik benda hidup dan benda bukan hidup ini dengan mudah. Selain daripada membantu murid-murid, diharapkan juga agar perkongsian ini memberikan manfaat kepada para guru tahun 1 khususnya guru mata pelajaran Sains.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online, bagi mendapatkan infomasi terkini dan bahan-bahan pendidikan yang lain. Selain daripada bahan-bahan pendidikan, di dalam laman web ini juga menyediakan informasi berkenaan dengan bantuan-bantuan kerajaan bagi pelajar, dan juga orang ramai. Sesungguhnya, kami berharap agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada orang ramai yang memerlukan.