Pelan Strategik Badan Beruniform Sekolah

Pelan Strategik Badan Beruniform Sekolah

Pelan Strategik Badan Beruniform ini dikongsi untuk kegunaan bersama kepada para guru terutamanya guru penasihat bagi badan beruniform. Lazimnya, pelan ini boleh digunakan untuk tempoh 4-5 tahun akan datang.

Badan Beruniform Sekolah

Badan beruniform atau juga disebut unit beruniform adalah himpunan yang membentuk satu pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan dimana ia mempunyai misi, visi dan matlamat tertentu pasukan yang telah ditetapkan. Semua pelajar sekolah WAJIB menyertai satu pasukan badan beruniform adalah bertujuan untuk aktiviti kokurikulum di sekolah.

Seperti kita tahu, setiap manusia di dunia mempunyai kelebihan diri, bakat semulajadi dan juga potensi diri yang perlu dikembangkan. Setiap individu harus diberi peluang untuk menonjolkan kelebihan dan potensi mereka melalui pelbagai proses pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Ilmu pengetahuan, nilai-nilai serta kemahiran boleh diperoleh dan dipupuk melalui cara yang tepat dan berkesan.

Matlamat Dilaksanakan

Dalam melahirkan modal insan berkualiti yang boleh memberi sumbangan kepada negara, bimbingan dan pembelajaran dari peringkat awal hendaklah diberikan. Bak kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Justeru, dengan pelaksanaan Badan Beruniform ini, secara tidak langsung dapat membantu para guru dalam usaha menghasilkan murid atau golongan belia yang berketerampilan, mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta memiliki sifat kepimpinan untuk kegunaan masa depan kelak.

Melalui Badan Beruniform ini, murid-murid dapat mengembangkan bakat dan potensi diri ke peringkat seterusnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

Dapatkan ‘Pelan Strategik Badan Beruniform” di sini

Di sini admin ingin kongsikan Pelan Strategik Badan Beruniform mengikut pasukan seperti dibawah untuk kegunaan guru diluar terutamanya guru penasihat badan beruniform. Sila dowload menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PPT’

Download : 

Objektif Am dan Khusus

  • Murid-murid akan terdedah dan memahami kriteria dan nilai-nilai yang diperlukan sebagai seorang pemimpin apabila mereka melaksanakan aktiviti badan beruniform ini.
  • Mengetahui cara, strategi dan sistem pengurusan badan beruniform yang dipraktikkan dengan lebih efektif.
  • Menerapkan ciri kepimpinan semasa melakukan aktiviti unit beruniform dan saling bertoleransi sesama ahli.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, amanah dan berketerampilan dalam menjalankan tugas.
  • Memiliki kemahiran dalam mengurus, mengendalikan dan menilai segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan uniform.

Peranan Guru Penasihat

  • Menjelaskan kepada murid tentang matlamat dan tujuan badan beruniform dari segi kepimpinan dan kependidikan.
  • Menerangkan langkah dan tatacara dalam pentadbiran dan pengurusan badan beruniform.
  • Menjelaskan kriteria-kriteria dan nilai yang perlu ada sebagai seorang pemimpin.
  • Membentangkan dengan lebih lanjut peranan dan tanggungjawab setiap murid mengikut Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Selain itu, untuk memastikan aktiviti badan beruniform ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada murid, beberapa aspek juga perlu diteliti seperti:-

  • Memilih tempat latihan dan rekreasi yang baik
  • Penyediaan modul yang berkualiti
  • Memberikan bimbingan yang terbaik dari segi para fasilitator yang berpengalaman.
  • Menyediakan fasiliti lain yang lengkap untuk memastikan aktiviti kokurikulum bagi badan beruniform berjalan lancar dan berkesan.

Perkongsian Bersama

Justeru ini, tidak dapat kita nafikan bahawa dengan pelaksanaan badan beruniform dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dibawahnya mampu melahirkan modal insan yang berwibawa dan berketerampilan selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Diharapkan dengan perkongsian Pelan Strategik Badan Beruniform ini dapat menjadi rujukan kepada guru penasihat dan juga murid dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.