Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 4-5

Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 4&5

Murid Prasekolah dan Kaedah Pengajaran MenarikĀ 

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Pendidikan Prasekolah membawa maksud sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah. Jika semasa prasekolah mereka melalui suasana yang riang dan ceria tidak mengira ketika bersama rakan-rakan ataupun sepanjang proses pembelajaran, mereka sudah pasti akan berasa teruja untuk menyambung pelajaran ke peringkat sekolah rendah. Aktiviti permainan pagar sesat ini adalah bersesuaian dengan fungsi utama pembelajaran murid prasekolah.

Konsep permainan pagar sesat adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan kaedah bagi menarik minat kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah. Hal ini adalah kerana, secara umumnya kanak-kanak hanya berminat dalam permainan dan jika permainan diimplikasikan ke dalam pembelajaran, sudah tentu ianya dapat menarik perhatian kanak-kanak. Kanak-kanak bermain dan pada masa yang sama mereka akan memperoleh faedah daripada hasil permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005).

Berdasarkan kenyataan di atas, guru-guru prasekolah mengambil inisiatif untuk menerapkan kaedah “Playing and Learning” di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti pagar sesat adalah salah satu contoh kaedah ini diterapkan di dalam PdP.

Latihan aktiviti pagar sesat pada kali ini merupakan sambungan daripada perkongsian yang lepas tetapi di dalam perkongsian kali ini, ianya menggunakan alat tulis yang berbeza. Tujuan utama permainan ini dihasilkan adalah untuk mengenalkan jenis-jenis alat tulis kepada kanak-kanak prasekolah.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 4-5” di sini


Di sini kami menyediakan pautan yang dapat memudahkan para guru untuk mencetak dan mengedarkannya kepada anak murid sebagai latihan tambahan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download Di sini

Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga menjadi salah satu faktor untuk mereka terlibat dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Ibu bapa juga boleh mencetak helaian-helaian latihan berkenaan dengan pembelajaran yang menggunakan elemen-elemen kartun yang boleh menarik minat anak-anak. Kaedah bermain juga boleh dijadikan sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bermain permainan yang boleh membantu anak-anak dalam operasi asas matematik seperti mengira manik bersama-sama, mengasingkan manik mengikut warna dan sebagainya.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan latihan untuk murid prasekolah berkenaan dengan aktiviti pagar sesat. Di dalam latihan ini, kami memperkenalkan murid-murid kepada alatan tulis yang asas kepada kanak-kanak prasekolah.

Selain daripada bahan perkongsian bagi murid prasekolah, terdapat beberapa latihan untuk beberapa mata pelajaran untuk murid tahun 1. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan bahan pendidikan dan info semasa yang menarik, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.