Modul Latihan Bola Tampar Untuk Guru

Modul Latihan Bola Tampar ini merupakan satu medium cetakan untuk menjadi panduan bagi para guru sekalian. Modul ini disediakan sebagai langkah awal untuk membantu guru-guru penasihat kelab sukan sekolah masing-masing.

Bola tampar dimainkan oleh dua buah pasukan yang terpisah disebabkan oleh satu jaring tinggi. Permainan ini dimainkan dengan pukulan atau tamparan tangan pemain dan juga anggota badan yang lain tetapi amat jarang sekali. Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan memukul bola tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut. Pengiraan mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggan lawan, pihak lawan melakukan kesalahan dan pihak lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Sejarah Bola Tampar

Sukan bola tampar ini diilhamkan oleh seorang guru pendidikan jasmani di Amerika Syarikat yakni William G.Morgan pada tahun 1895. G.Morgan mencuba untuk menggabungkan beberapa elemen dari sukan lain seperti dari sukan besbol, tenis, bola baling dan juga bola keranjang. Beliau juga bertemu sendiri dengan James Naismith, seorang guru pendidikan jasmani yang telah mencipta sukan bola keranjang.

Di Malaysia pula, permainan ini bermula disekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Sukan ini dipelopori oleh para pelajar yang baru sahaja menamatkan pelajaran di Universiti Chi-Nan, Shanghai. Kemudiannya, permainan ini mula tersebar ke negeri-negeri lain. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan lelaki mahupun wanita. Ianya juga dimainkan di England.

Teknik Permainan Bola Baling

Servis; 

Servis Tangan Bawah;

  • Mula-mula pemain berdiri di petak servis dengan kaki kiri lebih ke hadapan dari kaki kanan.
  • Bola dipegang dengan tangan kiri.
  • Bola dilambungkan tidak terlalu tinggi, tangan kanan ditarik ke bawah belakang.
  • Setelah bola kira-kira setinggi pinggang, lengan kanan diayunkan lurus ke depan untuk memukul bola.
  • Telapak tangan menghadap bola dan tangan ditegangkan untuk mendapat pantulan yang sempurna, tangan dapat pula menggenggam.

Servis Tenis;

  • Sikap persiapan dimulai dengan mengambil posisi kaki kiri lebih ke depan, kedua lutut agak rendah.
  • Tangan kiri dan kanan bersama-sama memegang bola,tangan kiri menyangga bola, tangan kanan di atas bola.
  • Bola dilambungkan dengan tangan kiri kira-kira setengah meter di atas kepala.
  • Tangan kanan ditarik ke belakang atas kepala, menghadap depan.
  • Lakukan gerakan seperti mensmesh bola, perhatian terpusat pada bola.
  • Lecutan tangan diperlukan pada saat perkenaan bola.

Servis Apungan;

  • Posisi kaki sama seperti servis tenis.
  • Tangan kiri memegang bola dan tangan kanan di samping setinggi pelipis.
  • Dengan tangan kiri bola di lambungkan sedikit ke samping kanan tidak terlalu tinggi.
  • Setelah bola melambung ke atas setinggi kepala, tangan kanan dipukulkan pada bagian tengah bola.

Cekis;

  • Sikap permulaan dengan mengambil sikap berdiri menyamping dengan tubuh bagian kiri lebih dekat ke jaring.
  • Bola dipegang tangan kiri dan kanan.
  • Saat bola dilambungkan, badan diliukkan sedikit ke belakang dan lutut ditekuk.
  • Kedua tangan dijulurkan ke arah samping bawah kanan dalam keadaan memegang bola.
  • Bola dilambung ke atas kepala dengan kedua belah tangan.
  • Setelah bola lepas, tangan kanan ditarik ke samping kanan bawah, liukkan badan ke kanan.
  • Berat badan ada di kaki kanan, telapak tangan menghadap ke atas.
  • Setelah bola ada pada jangkauan tangan,secepatnya bersama sama lengan, liukkan badan ke samping kiri
  • Perkenaan bola bagian bawah belakang bola,pukulan bola dibantu liukkan badan dan lecutan tangan.

Dapatkan Modul Latihan Bola Tampar di sini


Di sini admin nak kongsikan modul tersebut untuk kegunaan guru sekalian. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

 

Kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan Modul Latihan Topikal Sains Format Baharu KSSM Tingkatan 2 

MAVA

MAVA merupakan Persatuan Bola Tampar Malaysia yang memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan menaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Diharapkan dengan penyediaan Modul Latihan Bola Tampar ini membantu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang komited terhadap sukan bola tampar ini.