Modul Latihan Badminton Untuk Guru

 

Modul Latihan Badminton Untuk Guru

Modul Latihan Badminton Untuk Guru ini disediakan supaya menjadi garis panduan bagi para guru. Khasnya kepada guru-guru yang menjadi guru penasihat bagi kelab sukan di sekolah masing-masing.

Modul ini ialah hasil usaha diantara Bahagian Pendidikan Guru(BPG) dan juga Bahagian Sukan. Bahagian Pendidikan Guru juga berhasrat untuk memperbanyakkan kursus-kursus pentauliahan kejurulatihan mahupun kepegawaian sukan  yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara mahupun Persatuan Sukan Kebangsaan.

1 Murid 1 Sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 yang lalu. Dasar ini diperkenalkan untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri mereka didalam aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Dasar ini juga dapat melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Guru-guru dapat mencungkil bakat para pelajar di dalam bidang sukan dan permainan. Bakat mereka dapat disuburkan lagi dengan latihan dan bimbingan para guru. Murid yang terlatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Tidak lupa juga bahawa dasar ini dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama serta tidak lupa juga akan semangat perpaduan kaum dalam kalangan para pelajar. Jelaslah bahawa dasar 1 Murid 1 Sukan ini merupakan transformasi yang banyak manfaatnya terhadap perkembangan sistem pendidikan di negara kita.

Badminton

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809 dan dikenali sebagai Poona. Diperingkat awal dahulu permainan ini tidak mempunyai sebarang undang-undang yang ditetapkan. Pemain hanya memukul-mukul bulu tangkis mereka. Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa(IBF) telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan permainan badminton. Pada tahun yang sama juga, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh J.L Wood dari Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dapatkan “Keywords Tajuk” di sini


Di sini admin nak kongsikan untuk para guru sekalian untuk mendapatkan Modul Latihan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Latihan Badminton Untuk Guru

 

Guru-guru sekolah rendah boleh dapatkan Modul Latihan UPSR Bahasa Melayu.

Pengurusan Kelab Sukan

Pengenalan

Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu:

  1. Merancang; melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk                              mencapai objektifnya.
  2. Mengelola; merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta                     sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan.
  3. Memimpin; proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam                         mencapai matlamat kelab sukan.
  4. Mengawal; proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja                       bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

PENUBUHAN KELAB

  1. Mengenal pasti kepakaran guru; sebelum melantik guru penasihat kelab sukan sekolah,                                                 pihak pengurusan perlu mengambil kira kepakaran                                                       yang terdapat pada guru itu sendiri.
  2. Kemudahan prasarana sukan; memainkan peranan dalam pelaksanaan program sukan                                                di sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang,                                                  perlu bijak menyusun program-program sukan yang                                                      berasaskan gelanggang manakala sekolah yang                                                            mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan                                                tersendiri dalam merancangprogram sukan di sekolah.
  3. Peralatan sukan yang tersedia ; Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek                                               bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam                                                        sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu                                                  jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang boleh                                                      menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu.                                                            Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan                                                    dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan.

Harapan

Diharapakan dengan perkongsian Modul Latihan Badminton Untuk Guru ini memberi manfaat kepada para guru sama ada guru yang berada di sekolah rendah mahupun para guru yang berada di sekolah menengah.