Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 10&11

Latihan Prasekolah Muka Surat 10&11

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 10&11 ini adalah antara contoh bahan pendidikan yang disediakan untuk membantu memudahkan para guru dalam menyediakan bahan-bahan latihan tambahan yang selaras dengan proses pembelajaran dan pengajaran sekolah khususnya untuk murid-murid prasekolah.

Secara umumnya kanak-kanak prasekolah mempelajari perkara-perkara asas sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar. Sesuai dengan imbuhan perkataan pra yang membawa maksud sebelum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti menyanyi, bermain dan belajar, kanak-kanak prasekolah akan dapat membaca, membina kemahiran mengira serta kemahiran sains. Prasekolah juga mempelajar sifat ketersediaan sebagai langkah awal mereka diperkenalkan dengan rutin persekolahan.

Jika melihat kepada sesuatu konsep kelas prasekolah, ianya akan berfokuskan kepada sudut-sudut permainan seperti penyusunan blok, pengiraan matematik dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak prasekolah umumnya berkenaan dengan bermain dan berseronok, tetapi mereka juga mempelajari sesuatu kemahiran melalui permainan.

Kemahiran Membaca Prasekolah

Kanak-kanak tidak difokuskan untuk melakukan pembelajaran yang sebenar. Jadi, para guru hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mendidik kanak-kanak dalam pada masa yang sama memberikan mereka pendidikan selaras dengan Proses Pengajaran dan Pembelajaran, PdP. Kemahiran membaca mereka adalah melalui:

  • Pembacaan secara berirama (pantun, lagu).
  • Dikelilingi dengan perkataan dan objek yang telah dilabel bagi membantu mereka mengenalpasti huruf-huruf disekeliling mereka.
  • Mengenali setiap huruf dan cara menyebutnya.
  • Pembacaan, pendengaran dan percakapan berkenaan dengan buku.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 10&11” di sini


Latihan prasekolah ini ditunjukkan di bawah. Diharapkan agar melalui perkongsian ini dapat memberikan kemudahan bagi para guru dalam menyediakan bahan pendidikan kanak-kanak prasekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan aktiviti tambahan untuk kanak-kanak. Antaranya ialah:

Selain daripada latihan untuk prasekolah, dapatkan juga bahan-bahan pendidikan yang lain serta informasi berguna di laman web rasmi Sistem Guru Online.