Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 2

Latihan BI Tahun1 ms 2

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 2. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua bagi negara kita dan sangat digalakkan untuk mempelajari bahasa ini daripada peringkat awal. Latihan-latihan Bahasa Inggeris adalah salah satu cara untuk mengajar dan menambahkan kemahiran dalam penguasaan bahasa ini.

Di dalam latihan Bahasa Inggeris pada kali ini, ianya lebih berfokuskan kepada peralatan-peralatan di sekeliling sekolah seperti beg, pembaris dan lain-lain. Hal ini adalah bagi memudahkan murid untuk mengenali perkara di sekeliling mereka dalam Bahasa Inggeris.

Jika kita lihat ke persekitaran, Bahasa Inggeris terdapat di merata tempat seperti pada iklan, rancangan televisyen, buku dan sebagainya. Bahasa Inggeris juga dikenali sebagai bahasa antarabangsa dan semestinya akan memberikan banyak manfaat kepada murid yang mempelajari bahasa ini.

Penerapan Bahasa Inggeris

Jika kita hendak bermula untuk mempelajari bahasa asing, beberapa inisiatif perlu diambil untuk menambahkan kemahiran dalam bahasa yang ingin dipelajari seperti bahasa inggeris. Antara langkahnya ialah:

  • Mula mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang dipelajari. Mendengar lagu dalam bahasa yang dipelajari sangat membantu seseorang untuk mengadaptasikan sebutan-sebutan dalam bahasa tersebut. Tetapi, perlu diingatkan supaya tidak mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa di dalam lagu kerana penggunaan tatabahasa adalah tidak diterapkan di dalam lagu.
  • Berlatih untuk menyebut ayat-ayat di dalam Tounge Twister. Perkara ini dapat membantu seseorang untuk lancar dalam menyebut bahasa yang dipelajari.
  • Puisi sebagai praktis Bahasa Inggeris untuk berlatih rima kata dengan lantang. Mempelajari sesuatu puisi bahasa asing sememangnya mencabar tetapi ia akan berasa puas apabila anda menguasainya. Pada masa yang sama, terdapat perkataan-perkataan yang jarang digunakan di dalam kehidupan seharian. Perkara ini dapat menambahkan lagi kosa kata bahasa.

Untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan cara-cara menguasai bahasa asing, layari laman sesawang FluentU.

Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School, Muka Surat 2” di sini


Di sini, kami sediakan pautan yang akan memudahkan para guru dan ibu bapa untuk mencetak bahan Bahasa Inggeris ini sebagai latihan tambahan di sekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Bahasa Inggeris Muka Surat 2

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan praktis Bahasa Inggeris. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah.