Kuiz (Quizizz) Sains Tahun Satu

Kuiz (Quizizz) Sains Tahun Satu

Kuiz (Quizizz) Sains Tahun 1 yang dikongsikan ini adalah sebagai latihan-latihan pengukuhan kepada murid Tahun 1. Kuiz online ini boleh dilakukan bila-bila masa dirumah untuk murid mengulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah. Aplikasi Quizizz yang menarik dan seronok dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan-soalan latihan berkaitan dengan mata pelajaran Sains.

Soalan kuiz ini merangkumi pelbagai topik di dalam mata pelajaran Sains berkaitan benda hidup, binatang, deria rasa dan sebagainya. Ilmu Sains adalah amat luas yang merupakan ilmu berkaitan dengan manusia dan alam sekitar. Banyak fakta-fakta menarik yang boleh diceburi berkenaan dengan bidang Sains.

Mata pelajaran Sains adalah seronok bagi kanak-kanak namun mereka mengalami kesulitan untuk mengingati dan menghafal fakta-fakta yang terdapat dalam mata pelajaran Sains ini. Selain itu, murid juga tidak dapat membayangi atau menggambarkan tentang apa yang mereka pelajari di dalam kelas.

Oleh itu, dengan menggunakan aplikasi seperti Quizizz ini dapat membantu murid-murid menguasai mata pelajaran Sains kerana soalan-soalan kuiz direka dalam bentuk yang menarik.

Dapatkan “Kuiz Online Sains Tahun 1” di sini


Kami ingin kongsikan soalan-soalan kuiz Sains secara online yang menarik khas kepada murid-murid Tahun 1. Kuiz ini berkaitan tentang benda hidup, deria rasa bau dan pelbagai lagi topik di dalam mata pelajaran Sains.

Sila tekan pada pautan yang telah disediakan di bawah.

Klik Pautan : Link Kuiz disini:-

Kelebihan Mempelajari Ilmu Sains

Dalam era pemodenan kini, majoriti perkara dalam kehidupan kita menggunakan ilmu Sains dan Teknologi. Perubahan demi perubahan dialami seiring dengan perkembangan dunia Sains dan Teknologi. Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh dengan menguasai ilmu Sains.

Perkataan Sains berasal dari perkataan Latin “scire” yang membawa maksud ‘untuk mengetahui’ atau ingin tahu. Kita sedia maklum sekarang ini dengan pelbagai penemuan-penemuan menarik dari kajian para ilmiah, ilmu sains dapat mengungkap banyak misteri dan pengetahuan alam semesta.

Sains adalah berdasarkan kajian, eksperimen dan peninjauan dalam mengeluarkan teori-teori menarik untuk mengetahuan manusia sejagat. Para ilmiah menjalankan banyak kajian untuk mencari fakta dan prinsip yang disebut sebagai sains tulen dimana ianya diaplikasikan dalam kehidupan manusia.

Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mempelajari ilmu Sains:-

  • Memberikan motivasi dan inspirasi kepada kehidupan manusia ke arah lebih baik
  • Pelbagai produk, ciptaan dan rekaan pada zaman kini adalah berdasarkan ilmu Sains
  • Ilmu Sains merupakan satu anjakan paradigma dalam kehidupan manusia ke arah alam dimensi yang lebih baik dan canggih
  • Bidang-bidang perubahan menggunakan ilmu Sains dalam mencari penawar dan ubat untuk penyakit-penyakit sebagai contoh Covid-19, darah tinggi, jantung dan sebagainya.
  • Merubah kehidupan manusia lebih selesa dan memudahkan segala aktiviti seharian seperti pembinaan pengangkutan awam, alat elektronik dan pelbagai lagi
  • Membuka minda kita untuk lebih mempelajari perkara berkaitan alam semesta yang membawa kita melihat kekuasaan Allah SWT
  • Kita dapat melihat keajaiban dunia dengan menerokai ilmu Sains

Justeru, mempelajari ilmu Sains dapat meningkatkan pengetahuan kita berkaitan alam semesta dan memberi kepentingan dalam kehidupan kita. Banyak ciptaan dan rekaan yang kita gunakan untuk melancarkan segala urusan harian, bidang perniagaan dan lain-lain adalah berdasarkan ilmu Sains ini.

Dengan menguasai ilmu Sains, kita dapat melahirkan masyarakat juga akan lebih berfikiran luas, berinovasi dan kreatif yang saling bekerjasama untuk pembangunan negara. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, ia juga menggunakan ilmu Sains dari pakar-pakar Sains agar tiada manusia akan ketinggalan di seluruh dunia untuk mendapatkan kemudahan dan kecanggihan kini.

Perkongsian Bersama

Akhir kata, perkongsian kuiz online ini boleh mengakses oleh semua murid untuk melakukan pelbagai latihan-latihan, soalan peperiksaan ketika berada di rumah. Penguasaan dalam ilmu Sains ini memberikan banyak manfaat kepada manusia dan alam semesta serta memberi kita peluang melihat kekuasaan Allah SWT. Sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai Koleksi Kuiz Quizizz Matematik Tahun 1.