Kuiz (Quizizz) Online Bahasa Inggeris Tahun Satu

Kuiz (Quizizz) Bahasa Inggeris Tahun Satu

Kuiz (Quizizz) Bahasa Inggeris Tahun Satu yang dikongsikan ini adalah koleksi soalan-soalan kuiz secara online khas bagi pelajar Tahun Satu (1). Murid-murid boleh menggunakan Quizizz ini sebagai bahan untuk mengulangkaji dan membuat latihan bagi meningkatkan penguasaan di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Latihan yang berterusan mampu meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman murid. Seiring arus pemodenan masa kini, penggunaan pelbagai aplikasi yang menarik akan menarik minat murid untuk belajar dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar.

Dapatkan “Soalan Kuiz Online BI Tahun Satu” di sini


Di sini kami sediakan pautan-pautan kuiz online yang boleh digunakan oleh murid tahun 1 untuk mengulangkaji pelajaran di rumah atau sekiranya mereka mempunyai masa lapang. Kuiz online ini adalah sebagai latihan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid dan boleh dijawab bila-bila masa sahaja.

Klik Pautan : Link Kuiz Online disini

Kaedah Belajar yang Betul

  1. Membuat persediaan diri dengan masa yang secukupnya
    • Menyusun atur jadual waktu belajar mengikut kepentingan mata pelajaran yang ingin diulangkaji terlebih dahulu. Jadual waktu belajar akan memudahkan proses mengulangkaji pelajaran dengan lebih sistematik dan efektif.
  2. Menjaga kebersihan tempat belajar supaya sentiasa kemas dan selesa
    • Menyediakan ruangan khas untuk menyusun atur buku-buku dan nota-nota
    • Meja belajar mestilah selesa dan luas untuk digunakan
    • Membersihkan sisa-sisa makanan atau kertas yang tidak digunakan
    • Memasang alunan lagu yang dapat merangsang minda untuk berfikir dan mengingati.
    • Memastikan bilik tidak berbau busuk yang boleh mengganggu kita belajar
  3. Membuat nota atau bahan mengajar yang cantik dan menarik
    • Membuat nota menggunakan pen berwarna warni yang terang dan menarik bagi merangsang minda kita.
    • Carta alur, peta minda atau nota bergambar sangat membantu kita untuk mengingati fakta-fakta penting di dalam sesuatu topik.
  4. Sentiasa melakukan latihan daripada soalan peperiksaan tahun lepas, soalan ramalan
    • Murid akan terbiasa dengan format soalan peperiksaan apabila mereka sering melakukan soalan peperiksaan lepas
    • Membiasakan diri dengan keadaan peperiksaan sebenar dengan menganggarkan masa yang sesuai untuk satu soalan.

Faedah yang Dikongsikan

Kami berharap bahawa artikel ini Kuiz (Quizizz) Online Bahasa Inggeris Tahun Satu memberikan manfaat kepada murid-murid dalam usaha untuk menguasai Bahasa Inggeris. Dengan penggunaan aplikasi menarik seperti Quizizz, Kahoot dan sebagainya, murid-murid akan berasa seronok untuk belajar serta mempunyai motivasi diri untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Anda juga boleh melihat artikel yang kami kongsikan sebelum ini untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu Soalan Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 6 bagi kegunaan guru-guru semua.