Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran ini mengandungi beberapa himpunan minit mesyuarat bagi setiap subjek yang diajarkan di sekolah. Setiap himpunan tersebut mengandungi set lengkap minit mesyuarat pertama sehingga minit mesyuarat keempat.

Minit mesyuarat ialah sebuah laporan atau catatan yang merekod segala intipati atau keputusan yang dibincangkan setiap ahli sepanjang mesyuarat dijalankan dari mula sehingga tamat. Dokumentasi minit mesyuarat ini penting sebagai sorotan isu-isu utama seperti agenda, usul, perkara-perkara berbangkit, dan sebagainya untuk dijadikan rujukan pada mesyuarat seterusnya di masa akan datang.

Proses Merekod Minit Mesyuarat

Pengambilan setiap minit mesyuarat yang dikendalikan perlu melalui beberapa proses utama, iaitu sebelum mesyuarat, semasa mesyuarat, dan selepas mesyuarat. Di bawah ini merupakan huraian terperinci bagi setiap proses tersebut.

Sebelum Mesyuarat

  • Melakukan pemilihan alat rakaman yang bersesuaian bagi merekod perjalanan mesyuarat. Anda boleh menggunakan pen/pensil dan kertas untuk mencatit nota mesyuarat, atau  menggunakan komputer riba/tablet/telefon pintar. Di samping itu, anda juga dinasihati agar mempunyai perancangan tambahan sekiranya alat rakaman tersebut tidak berfungsi dalam satu-satu masa.
  • Membuat bacaan awal berkenaan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat bermula. Perbuatan ini dapat memberi gambaran awal kepada anda untuk merangka perkara-perkara tertentu yang perlu dicatitkan.

Semasa Mesyuarat

  • Membuat semakan kehadiran ahli mesyuarat yang terlibat. Hal ini penting untuk anda merekod senarai nama kehadiran dalam minit mesyuarat.
  • Pastikan anda mengenali dan mengetahui jawatan setiap ahli yang terlibat bagi memudahkan anda merekod maklumat dengan betul.
  • Catitkan waktu mula mesyuarat.
  • Catitkan semua usul, siapa yang membuat usul, dan keputusan undi. (jika ada)
  • Mengambil maklum sekiranya terdapat sebarang penangguhan terhadap undian/keputusan pada mana-mana perbincangan sehingga mesyuarat seterusnya.
  • Catitkan waktu tamat mesyuarat.

Selepas Mesyuarat

  • Rekodkan minit mesyuarat dengan segera selepas mesyuarat selesai. Pada masa ini memori anda berkenaan mesyuarat tersebut masih dalam keadaan segar.
  • Membuat senarai semak pada peringkat akhir.
  • Meminta bantuan semakan daripada ahli yang terlibat sebelum menghantar minit mesyuarat. Hal ini penting bagi mengenal pasti sebarang ketinggalan sesetengah perkara sekiranya ada.

Format Minit Mesyuarat

Anda boleh merujuk Format Baharu Minit Mesyuarat untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam menyiapkan penullisan rekod minit mesyuarat yang ditugaskan. Format baharu ini adalah berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2018 yang bertajuk MyMESYUARAT: EKOSISTEM PENGURUSAN MESYUARAT ERA DIGITAL. Pekeliling ini telah menyatakan penggunaan format baharu bagi penyediaan minit mesyuarat untuk semua agensi kerajaan.

Senarai Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

Berikut merupakan himpunan-himpunan minit mesyuarat panitia bagi setiap mata pelajaran yang berbeza-beza. Anda boleh memilih mana-mana sahaja himpunan minit mesyuarat mata pelajaran tertentu mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran ini dapat membantu pihak-pihak berkenaan seperti guru-guru dalam menyediakan minit mesyuarat panitia di sekolah.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Senarai Semak Fail Panitia Mata Pelajaran ataupun Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia.

Selain itu, perkongsian tentang isu semasa, bantuan kerajaan, hebahan jawatan kosong, dan pelbagai lagi turut boleh didapati menerusi laman sesawang Sistem Guru Online.