Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris ini merupakan himpunan beberapa minit mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris yang biasanya diadakan di peringkat sekolah. Perkongsian ini dibawakan khas kepada para guru yang mencari kompilasi lengkap minit mesyuarat panitia bahasa Inggeris yang terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama hingga minit mensyuarat kali keempat.

Pengendalian mesyuarat ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen antara ahli yang terlibat amatlah dituntut dalam menjamin kelangsungan mesyuarat dari masa ke masa.

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris

Antara intipati penting yang perlu dimasukkan ke dalam perbincangan mesyuarat panitia bahasa Inggeris, ialah:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Inggeris yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks bahasa Inggeris.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan Bahan Bantu Mengajar khususnya bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilaksankan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang bersesuaian.
  8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan Daerah, serta lain-lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru dan mengambil respon serta-merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pangajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris 

Berikut merupakan beberapa Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris mengikut peringkat, iaitu:

Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris Pertama

  • Mesyuarat pertama kali
  • Dilakukan pada awal persekolahan (bulan Januari)

Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris Kedua

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Inggeris pertama
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara pertengahan penggal pertama persekolahan sehingga penghujung penggal pertama (antara bulan Mac sehingga Mei)

Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris Ketiga

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Inggeris kedua.
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara permulaan penggal kedua persekolahan sehingga pertengahan penggal kedua. (antara bulan Julai sehingga September)

Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris Keempat

  • Susulan daripada mesyuarat bahasa Inggeris ketiga.
  • Dilakukan pada penghujung penggal kedua persekolahan. (bulan November sehingga Disember)

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris” di sini


Di sini admin nak kongsikan Minit Mesyurat Panitia Bahasa Inggeris yang terdiri daripada minit mesyuarat pertama sehingga minit mesyuarat keempat. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali Pertama
  2. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali Kedua
  3. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali Ketiga
  4. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali Keempat

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris ini dapat membantu guru-guru panitia Bahasa Inggeris dalam merencanakan mesyuarat-mesyuarat yang bakal dikendalikan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Semoga para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ataupun Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia untuk keperluan tugas para panitia di sekolah. Selain itu, terdapat juga perkongsian lain dari semasa ke semasa yang boleh didapatkan melalui laman sesawang Sistem Guru Online.